Thomas Cup - Malaysia vs Japan

Masa mengikuti perlawanan secara langsung Thomas Cup aksi pertama kali Malaysia yang bertemu Japan bagi menentukan Juara Kumpulan. Bagi aku, apa yang di tunjukkan dalam aksi semalam tidak seperti yang di harapkan oleh kesemua penyokong dan yang pastinyer rakyat Malaysia itu sendiri. Namun, tekanan yang di berikan oleh kita sendiri menyumbang kepada kekalahan tersebut. Tetapi bukan semua lah kan.... sebabnyer selaku tuan rumah kali ini kita mengharapkan Piala Thomas kembali di rampas setelah kian lama mengidamkannyer.

Apabila menonton bersama - sama peminat Thomas Cup yang lain, kita dapat lihat kekecewaan yang di tunjukkan apabila pemain kita seolah - olah bermain seperti syok sendiri. On paper, ranking ke 17 dunia melawan ranking ke 40, ranking ke 20 melawan ranking ke 27 dunia beregu dan ranking ke 20 melawan ranking ke 214 perseorangan dunia menunjukkan kita tidak mampu untuk menang...mengapa...

Bagi aku, tekanan dalaman itu sendiri...cuba lihat aksi Japan... di sebabkan tiada tekanan besar yang di pikul... mereka hanya berhasrat untuk memperbaiki mutu permainan dan raking peribadi sahaja berbanding pemain kita sendiri yang nampak tertekan lalu mengundang pelbagai kesalahan diri sendiri semasa permainan. Namun apa - apa pun... harap pemain kita dapat menunjukkan aksi yang paling unggul bagi perlawanan peringkat suku akhir.
Tindakan penyokong yang terlalu kecewa semasa perlawanan langsung juga lebih menekan pemain kita sendiri... sepatutnyer kelta lebih bersikap professional jika mahu menyokong... bukan nak menyalahkan...tetapi tindakan 'boo'' dan menunjukkan isyarat yang tidak elok kepada pemain sendiri tidak harus terjadi.... errmmm... tapi kalo aku... kedua - dua pihak harus bersikap professional...iaitu sebagai pemain... bermainlah bersungguh - sungguh dan sebagai penyokong..sokonglah dengan ikhlas...

Walau - apa pun... cuba kita letak diri kita di kedua - dua pihak...mesti ada reason yang tersendiri.... sebagai peminat dan penyokong.... mengharapkan agar pemain kita lebih menunjukkan sikap yang lebih matang dan bersemangat bukan bermain dalam dunia sendiri... doakan kejayaan kalian semua... apa - apa pun... kepada Skuad Piala Thomas Malaysia kali... andalah yang terbaik...kerana anda telah di pilih...jalankanlah tanggungjawab dengan penuh  semangat.... dan kepada penyokong...teruskan menyokong..

 
Pheonix; tunggu peringkat seterusnyerr..

1 comment:

  1. Live Streaming - Thomas Cup - Malaysia vs Denmark @ www.totalsports.tv! Live updates also available at http://bit.ly/acbXsl

    ReplyDelete