Jangan Silap Pilih


Suddenly aku teringat pasal negara tengkorak di bawah pemerintahan Pol Pot yang mengetuai Pergerakan Combodian Communist yang di kenali sebagai Khmer Rouge dari tahun 1976 hingga 1979 dalam usaha 'membersihkan' negara nyer yang mengakibatkan anggaran kematian 1.7 hingga 2.5 million mangsa. Walaupun dalam masa tempoh yang amat pendek, tetapi impact yang di tunjukkan menjadi sejarah hitam yang mengejutkan bukan hanya pada dunia tetapi lebih kepada negara sendiri.

Pol Pot mula berkuasa sekitar pertengah tahun 1975 dan telah menunjukkan kuasa atau taring yang sebenar. Kesan dari kombinasi hamba, buruh paksaan, tidak cukup zat dan bidang perubatan yang teruk telah menyumbang kepada kemusnahan hampir 20% dari Combodian population. Memang dasyat..tak tahu aper yang hendak di tunjukkkan atau hendak di buktikan kepada dunia sebenarnyer... dari ikut logik..kalau nak tunjukkan kuasa di dunia sebenar... kenapa harus musnahkan bangsa sendiri... atau mungkin lebih berbentuk peribadi iaitu kepuasan diri sendiri...kesan yang berpanjangan tersebut mengambil masa yang lama untuk recover dan pembentukan semula kerajaan hingga ke hari ini masih merangkak - rangkak...

Sehingga ke hari ini, kesan kemusnahan boleh di perlihatkan di sekitar Combodia. Mengapa dan Kenapa.... cuma aku harap ianya tidak terjadi di Malaysia..cukuplah kesusahan yang di hadapi sebelum kemerdekaan.. haruskah kita mendaruratkan diri kita sekali lagi dari kealpaan diri sendiri... sejarah banyak mengajar dan membuktikan.. jadikan ianya sebagai tali pengukur penentu masa depan generasi sekarang dan terumatanya generasi akan datang...

Pheonix; syukur sesangat mendiami bumi Malaysia yang tercinta

No comments:

Post a Comment