Trade


Sebuah filem yang mengisahkan sex sleeve di Mexico yang di barisi pelakon - pelakon yang tidak terkenal tetapi mempunyai lakonan yang mantap... Gadis yang bernama Adriana yang baru sahaja menyambut sambutan hari lahir yang ke 13. Ketika menunggang basikal baru birthday present dari abangya Jorge, Adriana telah di culik untuk di jadikan hamba seks di Amerika. Apabila abangnye mengetahui adiknyer di culik... apa lagi.. die mula menjejaki si bapak ayam yang menculik adiknyer...

Di satu tempat Jorge bersembunyi di sebuah kereta kepunyaan warga Amerika yang sedang mencari anaknya di Mexico (dipercayai telah dijual). Sesampai ajer di Amerika, Ray lakonan Kevin Klein (tuan punyer kereta lerr...) menyedari something wrong kat but kereta, die pun bukak dan dapati ader orang kat dalam iaitu si Jorge ini. Di sebabkan si Ray ni pun polis, tapi siasatan insuran s ler... die pun serahkan kat balai polis berhampiran.... tetiba ajer si Ray nie kesian kat Jorge.. dier pun tolong Jorge ni cari adiknye...

Di pendekkan cerita eh... di sebabkan tiada siapa yang nak tolong (pihak berkuasa) si Ray nie punyer ler baik.... keluarkan duit tabung untuk 'membida' si Adriana melalui Internet.... BERJAYA atau TIDAK si Adrina ni di selamatkan?.. cam biasa.. tengok sendiri... kwang... kwang... kalo aku citer sume... tak syok ler kan...

Citer nie best gak ler... sebab.. korang boleh tengok camner abang cuba sedaya upaya untuk selamatkan adiknya... sambil korang tengok... korang cuba bayangkan dalam realiti yang sebenar... cuba korang tengok perasaan mereka yang dalam situasi seperti Adriana dan Jorge.... Aku bagi 4 bintang... kahkah....


Pheonix; Bengang giler aku tengok bapak ayam dalam citer nie... mendidihhhhjer darah..

Team Work

Team Work


Aiyo.. last week penat giler.... start dari ari selasa sampai khamis aku kene ikut Emergency Respond Team kat Balai Bomba... pastu... Jumaat sampai Ahad kene pegi Team Building kat Genting lak... so tired ooo... tapi both courses memang seronok... nanti aku bagi korang info skit - skit... sharing... dun worry... tapi ari nie aku nak post pasal masa Team Building kat Awana Genting Highland arr.. about Team Work.... errrmmm...

Biler cakap pasal TEAM WORK.. sume tahu... malah kalau aku tanyer korang sorang - sorang... macam - macam jawapan yang aku dapat... sume betul dan boleh di terima pakai... BUT when come to actual situation... kebanyakan masa... tak pakai pun... tak praktikan pun... itulah masalah yang di hadapi di setiap organisasi.. betul tak... bukan nak cakap apa lerr.. based on experience lah kan... aku bagi sample team work yang paling menarik... KISAH ANGSA.. apa pengajaran yang boleh kita dapat.. tahu tak.. kenapa angsa terbang dalam 'V' formatting.. let's go..

Dengan terbang dalam formasi 'V', kadar efficient dan kelajuan akan naik sebanyak 71% berbanding terbang sendirian
Semasa terbang dalam formasi 'V' angsa - angsa tersebut akan berbunyi untuk mendapatkan keseragaman untuk terbang lebih laju dan momentom yang sama..TEAM WORK


Sekiranya salah seekor meninggalkan formasi oleh sebab keletihan atau sebarang kesulitan, angsa tersebut akan keluar dari formasi untuk mengumpul tenaga sebelum kembali semula kepada formasi tersebut


Begitu juga jika berlaku kepada KETUA mereka, dan ketika itu, seekor angsa lain akan mengambil tempat menggantikan Ketua

DAN sekiranyer salah seekor dari angsa tersebut SAKIT atau kepenatan. Angsa tersebut akan secara automatik keluar dari formasi asal untuk terbang sendirian. Mendapati salah seekor angsa menghadapi masalah.. beberapa ekor angsa juga akan keluar dari formasi bagi mengawal dan membantu untuk terbang bersama angsa yang sakit

Jika angsa yang kepenatan atau sakit dan telah kembali pulih, mereka akan perlahan - lahan terbang untuk kembali kepada kumpulan asal meraka

 Tetapi, jika angsa yang di temani itu sakit lalu jatuh dan mati, maka angsa yang terbang bersama tadi akan memulakan perjalanan berkumpulan dan terus mendapatkan kumpulan yang asal

Menarik bukan... see how TEAM WORK so important. So, from knowledge yang korang tahu pasal TEAM WORK... korang tafsirkanlah erti dan pengajaran dalam kisah di atas...

Pheonix; Praktikanlah... jangan pandai cakap ajer..

Kucing Di Paku

Dulu - dulu arr... orang pakukan puntianak supaya puntianak bertukar jadi orang.. betul kerr... entah... nanti free aku cari.. tapi yang aku nak citer ari nie kisah seekor kucing BANDAR SIOUX, Amerika Syarikat (AS) yang di paku kepalanya... huk alo.. nasib baik masih bernyawa lagi... aper ker kejam punyer orang...

Kucing yang tertusuk paku di kepalanya itu merayau-rayau semasa ia ditemui oleh anggota-anggota sebuah agensi kawalan haiwan selepas mereka mendapat maklumat mengenainya baru-baru ini.


"Saya tidak pernah melihat situasi itu seperti ini terutamanya apabila kucing tersebut masih hidup," kata seorang anggota sebuah agensi kawalan haiwan, Cindy Rarrat.

Dia berkata, paku itu mungkin ditembak dengan pistol paku oleh seorang individu.

Namun, seorang doktor berjaya menarik keluar paku sepanjang 7.62 sentimeter itu di sebuah klinik haiwan pada Jumaat lalu.

Pemilik kucing itu sedang dicari. - Agensi


Pheonix; Kalo korang tau saper punyer keje nie.. lapurkan di balai polis berhampiran..

Johnny Depp

Sajer jer nak puji Johnny Depp, pelakon yang begitu talented kerana setiap filem - filem nyer, dier memegang watak dan peranan yang begitu berbeza dari segi role dan karekter... Mana taknyer dari A Nightmare on Elm Street hingga kepada Ranggo (terbarukeluaran 2011) boleh katakan mendapat sambutan dan Jonnhy Deep sendiri telah berjaya membawa watak - watak yang di beri dengan cemerlang sekali..

Taknak citer panjang... beberapa keping gambar sebagai tontonan..




Alahai Noh Hujan


Ketika satu acara meraikan pelajar - pelajar di sebuah Universiti, apabila peminat - peminat kumpulan indie Malaysia iaitu Hujan melahirkan rasa kecewa dan bengang dengan penyanyinya iaitu Noh atau Mohammad Noh Salleh, 25, pada hari kejadian 29 April lalu yang bersikap biadap dan tidak sopan.

Ketika membaca berita tersebut, agak kelakar juga apabila menurut 'mangsa' di tempat kejadian memberitahu yang Noh mengatakan ‘girls kat sini tak cantik, tak cun!’... ermm.. perlukah setiap peminat seseorang artis itu semestinyer cantik - cantik dan handsome sahaja... di sebabkan terasa terhina peminat tersebut juga memberitahu wartawan yang Noh pun bukan Handsome sangat tetapi di sebabkan mereka lebih meminati seni dari artis tersebut... errmm.. jawab...

Tapi yang paling mereka bengang ialah apabila Noh menulis 'Awak Busuk' sebagai ganti autograf.. naper ehh... selain itu juga ader beberapa perkara yang di lakukan oleh Noh membuatkan peminatnyer rasa benar - benar terkilan dan mereka mahu Noh minta maaf...

Sebagai artis yang di katakan sebagai ikon... perlu ingat tanpa peminat.. siapalah mereka.. justeru.. seteruk mana keadaan kita ketika itu.. harus tahu mengawal perasaan agar jangan terlalu obvious di mata peminat.. jangan di sebabkan baru popular skit dah mula tunjuk 'harga'... Jika nak ditanye kepada semua wanita - wanita cantik di Malaysia ini... semuanyer minat ker dengan Noh... macam yang orang cakap... Jangan Dangkal makan diri....

Kepada peminat ingat.. artis juga manusia biasa yang tidak lepas dari membuat kesalahan... beri ruang untuk memperbetulkan apa yang salah...


Pheonix; biasalah.. masa susah harap peminat sokong.. biler dah berjaya.. ?

Lagi kes cubaan bunuh diri

Umurnyer baru 17 tahun... dan munkin di sebabkan si jejaka yang bernama Irwan atau Iwan... menyebabkan remaja ini cuba untuk membunuh diri dengan terjun dari bangunan.. berlaku di Terengganu namun remaja tersebut dapat di selamatkan oleh anggota bomba...

Kenapa pasal lelaki atau perempuan kite pulak nak bunuh diri... bukanlah pro pasal percintaan dan agama sangat tapi bagi aku kecewa dalam percintaan bukan kuasa kita nak mencabut nyawa sendiri... 'Di mana agama dik oii, Islam tu menghalalkan ker bunuh diri tu.'... kan banyak cara untuk mengatasi kekecewaan... kenapa perlu singkatkan pemikiran..

Cuba korang pikir... si lelaki / perempuan tu mungkin dah jemu atau dah tak suka dengan kita... pastu kita pulak nak bunuh diri pasal dier... nak buat aperr.. dier tengah berseronok kita pulak yang nak menderita... WHY?.. lagi satu.. umur muda lagi.. baru 17 tahun dik oiii.. jika si Irwan atau Iwan yang di puja itu sebaya atau tua sedikit... dapat ker dier bertanggungjawab dalam memberi nafkah kepada kekasihnyer... jika kerja pun tah kemana... pendapatan pun ala - ala baru nak hidup begitu... kenyang ker jika hanya berdasarkan cinta semata - mata...

Nasihat aku lerr... jika menghadapi masalah.. carilah orang yang boleh memberi tunjuk ajar atau nasihat... dapatkanlah beberapa pandangan agar dapat membuat perbandingan... dan yang paling penting.. dekatkanlah diri kepada ALLAH s.w.t.... InsyaAllah... muga - muga di beri petunjuk...



Pheonix; kesian tengok remaja masa kini yang tak dapat fikir dengan panjang

'BARANG' power


Pelik melihat gelagat segelintir lelaki yang sanggup menggadaikan nyawa dalam mencuba produk - produk ubat kuat yang tidak di ketahui akan keselamatan kepada si pengguna. Asal ader ajer penjual yang pandai ayat.. maka cairlah si lelaki yang mencari formula 'LELAKI HEBAT'. Akhirnyer bukan sahaja diri itu tidak 'hebat' malahan memudaratkan dan akbiatnye.. bakal di tinggalkan isteri kerana tidak dapat lagi memenuhi kehendak si - isteri

Harian Metro di petik;
'Tidak takut mati! Itu tindakan gila segelintir lelaki yang sanggup menggadai nyawa demi memuaskan nafsu serakah dengan mengambil ubat menambah tenaga seksual tanpa mengetahui status kandungan dan syarikat pengeluar ubat berkenaan.'

Temuramah bersama seorang kaki 'ubat tegar' telah menceritakan kepada wartawan kisah seorang rakanya yang meninggal dunia akibat sejenis ubat kuat yang di panggil 'pil sempoi.

Walaupun pelbagai cerita dan pengalaman dari orang yang pernah mencuba banyak di dengar kebelakangan ini, namun seolah - olah tidak mematahkan semangat mereka untuk 'KUAT'..

Satu kes lagi, apabila si isteri memohon penceraian apabila si suami menerima kesan sampingan dari ubat tersebut. Selain dari hanya berkesan pada peringkat awal... iaitu 'anu' tak hidup'..  si suami menghadapi masalah penyakit lain seperti darah tinggi dan masalah jantung...

Jika dah ok tak perlulah tambah power.. kalau nak juga biarlah yang di yakini dan terbukti... elok - elok boleh guna langsung usang sebelum usia..yang penting kesihatan harus di utamakan... 

Sekadar gambar hiasan

 Pheonix; errmm.. yang di kejar tak dapat.. yang di kendong berciciran..

Akademi Fantasia Musim Ke - 8 - Final Edition


Malam tadi baru ajer berlangsung konsert akhir Akademi Fantasia Musim yang Ke - 8 yang mana menyaksikan kemenangan berpihak kepada Shahir... Tahniah di ucapkan... tapi yang aku dengar pendapat orang semasa sama - sama menyaksikan acara final tersebut... di katakan Shahir tidak layak... betul kerr?

Aku tanya kenapa kau cakap camtu tu....

Mana taknyer... orang yang terkeluar di bawak masuk semula... dan dengar citer jugak... pengetua AF8 juga mengeluarkan statment... yang Shahir satu bakat baru yang mempunyai package.. mempunyai suara jantan dan berwajah handsome..

Ok... itu ajer... Mawi pun macam tu jugak dulu kan...

Ialah... tapi.. sebelum pertandingan Final.. pengetua tersebut juga dah seolah - olah memberi kata putus yang Shahir bakal menjadi juara...

Aku tak nak campur ler... sebab korang semua peminat setia.. tapi bagi aku.. kalo orang yang korang tak sokong menang.. memacam ler korang kate.. biasalah resam dunia hiburan...

Tapi kalo di pikir - pikir balik kan... logik juga... bagaimana sistem undian semula boleh wujud... sebab kalo dah tersingkir... tersingkir ler jugak... ini tak.. ader undi masuk semula pula.. seolah - olah... penganjur pertandingan atau pihak tertentu tidak bersetuju dengan undian dari penonton... tapi la kan.. kalo tidak bersetuju dengan undian penonton... kenapa teruskan... adakah ini merupakan salah satu dari strategi perniagaan?

Entah lah... bagi aku.. semua ini entertainment... kalo tidak suka.. tak payah tengok... kalau benci.. angkat kaki... haha

Apa - apapun.. TAHNIAH kepada Shahir...


Pheonix; no komen..

Skuad Piala Thomas VS Media


Beberapa minggu sebelum berlangsungnyer acara yang berprestij Piala Thomas.. kerap kali cerita mengenai Skuad Piala Thomas Malaysia terpampang di dada akhbar, di internet mahupun saluran media yang lain. Dalam hati ader juga terdetik, jika dah terlalu banyak cerita mengenai mereka di paparkan, takut terjadi 'Indah Khabar dari Rupa'.. alih - alih dan mungkin secara kebetulan ianya benar - benar terjadi.. errmm.. mana taknyer... setiap jadual latihan mereka menjadi spot lensa dan setiap perasaan dan tekad meraka di rakam.. namun akhirnye lain di mulut lain pulak yang jadi..

Nah, sejak semalam kenyataan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Mohd Nadzmi Salleh selaku mewakili pemain yang turut mengheret pihak media dalam kegagalan misi tersebut. Selaku pemain dan sebuah organisasi yang professional memberi kenyataan yang sebegitu?.. entah.. mungkin di kaca mata mereka sudah berbaris alasan menyokong pendapat tersebut.

Ok cuba lihat dari sudut pihak media, wajarkah mereka di persalahkan atas kegagalan orang lain, kesusahan pihak media dalam memberitahu kepada peminat di Malaysia dalam mendapatkan sumber yang tepat.... menunjukkan sokongan dari pihak media dan dalam diam berjuang bersama - sama skuad negara... adakah peminat badminton tidak perlu tahu perkembangan jaguh - jaguh mereka...

Dari sudut pemain dan pengurus pulak aku rasa... takut kenyataan memakan diri yang mana adakah mereka mampu untuk melakukan seperti apa yang di janji. Bagi mereka media yang membuat liputan harian memberi tekanan memuncak kepada pemain sehingga mengganggu mental pemain mereka menyebabkan kegagalan beraksi baik. Namun menurut pemain lagenda dunia iaitu Jalani yang berkata entah mengapa Nadzmi boleh menerima alasan pemain itu biarpun ada juga yang mengaku gagal beraksi baik di atas gelanggang, sedangkan presiden itu sebelum ini mengesahkan pemain sudah menjalani persiapan dengan cukup sempurna.

Sebagai peminat yang mengikuti setiap perkembangan Thomas Cup 2010... selain dari kemengangan, aku percaya yang peminat semua menantikan aksi - aksi cemerlang dari skuad negara bukan aksi - aksi malu - malu, lembik atau sebagainya.. bak kata orang.. biar kalah menentang dari kalah menyerah.. apa - apapun di harapkan kekusutan kedua - dua pihak dapat di pulihkan dan bersikap secara professional dan lebih terbuka.



Pheonix; harap ader sejarah akan tercipta di masa akan datang

Dilanggar ketika menyusukan anak


Aku ingat kes - kes accident di sebabkan orang berhenti di laluan kecemasan dah reda.. alih - alih semalam ader satu kes di Kilometer 13.3 Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) arah Shah Alam selepas Subang Jaya. Tapi yang nak citer ialah berkenaan dengan hari malang kedua - dua belah pihak. Yang berlaku secara kebetulan dan kedua - dua nyer berada di tempat dan masa yang tidak sepatutnya. Siapa yang bersalah dan siapa yang tidak bukan urusan dan kuasa aku....

Ok.. berdasarkan fakta eh.. si pemandu iaitu seorang ibu yang baru balik dari kampung selepas bersalin... anak lelaki masih kecik... tak sampai dua bulan lagi... on the way balik ke rumah... suami terpaksa bekerja di luar negara.... tiba - tiba anak kecik asyik nangis... dan dah jadi sifat si ibu... kasihankan anak.. lalu berhenti di laluan kecemasan sebab nak susukan anak.... few minutes later... terasa gegaran kuat.. rupa -  rupanye kete dier dilanggar dari belakang oleh sebuah motosikal... disebabkan rempuhan kuat... si penunggang mati di tempat kejadian.

Dalam keadaan tersebut.. apa perasaan si ibu yang baru sahaja melahirkan anak on the way balik rumah tanpa di temani si suami.. keseorangan... entahler... Allah sahaja yang tahu...

Bagi pihak keluarga mangsa pulak... apa perasaan mereka apabila dapat panggilan dari polis mengatakan anak mereka terlibat dalam kemalangan dan meninggal dunia di tempat kejadian... juga tak dapat aku bayangkan....

Most of the time... aku terpikir gak... dah berapa banyak kemalangan melibatkan kawasan laluan kecemasan.... kenapa dan mengapa... sepatutnyer dah lama sebenarnyer pihak berwajib memantau dan mencari jalan penyelesaiannyer... takkan nak tunggu ader mangsa terbaru lak baru nak ambil tindakan.... itu kata kite pada pihak tertentu... tapi kata pihak tertentu lak.. mungkin arr.... kenapa meletakkan kenderaan di kawasan laluan kecemasan tanpa meletakkan sebarang tanda amaran beberapa meter dari kenderaan.. itukan peraturan yang semua harus tahu... kenapa tak ikut... errmmm...

Pheonix; berhati - hati dan selalu peka ketika di jalan raya

Are You Ready !!!

Masa aku dok lepak - lepak tadi terlihat seorang pakcik sedang menaiki motor menghantar jambangan bunga. Pastu terlintas kat pikiran aku, bekerja lagi ker pakci nie, atau die tolong hantarkan bunga tersebut atau dia sendiri tauke kedai bunga... staff gi cuti so, pakcik tu kene hantar sendiri ler kan. Tak pulak ler aku tanyer pakcik tu... 

Masa tengok die berlalu pergi, terpikir sejenak pasal umur menjelang zaman bersara nanti... bukan ler pasal aku nak bersara dah... lambat lagi... tapi apa - apa pun korang mesti akan tertanyer.. dah bersedia ker atau belum... bile nak bersara baru nak pikir tu dah TERLAMBAT dah... nothing much you can do... kalo tetiba ajer jadi pemenang 1 juta hengget pertandingan power root (free promo) lain ler kan... ini tidak.. nak simpan punyer ler susah.. nak perabih... mudah ajer...tak yah nak dapat master dalam pelajaran pun tahu nak habiskan duit...

10 tahun sebelum bersara baru nak ingat nak berjimat sikit, nak buat ini buat itu... nak pikir pasal anak lerr... kalo anak sume dah keje, pandai cari makan sendiri takper lerr... kalo jenis yang kawin lambat tu... biler umur masuk 55 tahun... anak baru umur 12 tahun... pastu lak.. itulah ajer yang paling tua (nie kes kahwin atau dapat anak lambat ler nie)... nak harapkan duit pencen... banyak benda nak buat.... duit KWSP..... hmmmm... time - time itulerr... terpikir nak kahwin lagi satu...hahaha.... toksah citer lerr... tetahu ajer duit dalam simpanan dah tinggal seciput...
Kalau nak  dengar cerita pada orang - orang  yang dah bersara... 1001 macam story korang akan dengar... kes kene tipu ngan anak lerr... bini lerr... laki kebas semua duit pencen lerr... buat beli kete baru lerr... bini baru lerr... beli ini beli itu lerr... hmmm pelbagai ragam dan yang menyedihkan korang akan dengar... end up tinggal ler orang tua tu keseorangan.. mengharapkan ehsan jiran tetangga untuk bagi makan... pakaian dan makanan dah tak terurus dah.. masa tu jugak ler baru datang rasa kekesalan dalam diri... macam yang aku cakap... dah terlambat Tipah...

So, pada aku dan pada korang - korang.. biler ader masa.. dok pikirkan ler sejenak... Are you ready !!... am not... are you.... bukan aper.. as friend just nak mengingatkan korang dan paling terutama skali diri aku.. sebab biler aku bukak blog sendiri.. ader pendua diri aku yang akan ingatkan aku... belajar dari pengalaman...
Pheonix; emak  berpesan beringat sebelum kene..

Digantung Sekolah

Mula - mula tu maleh nak tulis cerita nie, tapi alih - alih jari jemariku gatal nak menaip lak... so, aku teruskan gak lerr..

Ni pasal citer 6 budak sekolah kena gantung sessi persekolahan sebab sambut hari lahir (ala birthday ler) salah sorang member die lepas waktu sekolah... melakukan dua kesalahan... satu menceroboh sebuah kelas dan aktiviti tanpa izin sekolah... errmm... menarik tu... macam cikgu tu dah takder keje lain lak...

Yang menjadikan aku kaget skit nie bukan aperr.. no warning tetiba ajer gantung... tapi aku rase cikgu tu dah lama bengang dengan budak - budak tu sume kot ... yelah.. buat birthday party tak jemput.. mana boleh tahan... pastu bebudak nie pun satu.. sambut ler kat gumah kerr... kat kedai mamak kerr.. kat gumah cikgu yang korang dok kantoi tu kerr.. atau kat mana - mana lerr... tapi kan budak - budak.. biasanyer tak realize mistake... cikgu ler yang kene ngajar... takkan tetiba jatuh hukum kot...

Ader cikgu yang tegas tak kene tempat... ada yang baik.. baikler sangat pulak sampai tak peduli apa yang berlaku... sampai pelajar pijak kepala... mana taknyer... pelajar di rogol dalam kelas... pelajar merokok di tandas sekolah.. pelajar bergaduh dalam kawasan sekolah... buli di sekolah.. peras ugut di sekolah... bla..bla..bla... cikgu nyer mana.. yelah.. takkan cikgu nak jaga sekolah 24 jam lak... cikgu pun ader tanggungjawab lain gak kan...

Si pelajar lak... kalo tak tegas naik tocang lak.. ingat peranan pelajar ialah belajar... demi masa depan... abih camner nak belajar.. cikgu garang sangat... ye tak ye gak lerr... ader jer yang cikgu tak suka... ader jer hukuman... yelah.. korang pun tak kurang sengal gak.. dah tahu kene belajar kat sekolah.. apa yang korang buat... lu pikir lerr sendiri...

Benda - benda camni patutnyer dua - dua pihak kene mainkan peranan memasing... jangan dok tunding jari sini jari sana sinun.. Macam mana cikgu nak mengajar kalo pelajar tak berminat nak belajar...dan macam mana nak belajar kalo cikgu 'cengih' sangat.. ader pro and con lerr.. kene cari  alternatif alaf baru sistem pengajaran untuk zaman sekarang... mungkin cara dulu harus di kaji semula..



Pheonix; dulu pelajar hormat cikgu

Naked Orange


Pheonix; try this at home

SUNDOG


A sun dog or sundog (scientific name parhelion, plural parhelia, from Greek parēlion, (παρήλιον), παρά(beside) + ήλιος(sun), "beside the sun"; also called a mock sun) is an atmospheric phenomenon that creates bright spots of light in the sky, often on a luminous ring or halo on either side of the sun. (formed by ice crystals)

Sundogs may appear as a colored patch of light to the left or right of the sun, 22° distant and at the same distance above the horizon as the sun, and in ice halos. They can be seen anywhere in the world during any season, but they are not always obvious or bright. Sundogs are best seen and are most conspicuous when the sun is low.



Pheonix; sooo wonderful