Confessions of a Shopaholic

Isla Fisher memegang watak sebagai Rebecca Bloomwood salah seorang gadis dari jutaan di dunia yang gile shopping...haha... girlie movie... tapi menarik untuk di tonton sebab lelaki kat luar boleh tahu... apa yang sebenarnya perempuan akan cari di shopping mall. Hey girl out there, let's shopping with Rebecca..camtu skali...skali dier pegi, tak cukup tangan bawak keluar...abih sume credit card dier guna, penuh gak ler almari rumah dier... selain tu, Rebbeca nie memang pandai dalam bab berfesyen..

Tabiat gile shopping akhirnya menjerat dirinya dan akhirnya di buang keje...camner nie.. bill berlambak nak bayar, hobi gile kene layan gak...window shopping pun wajib...ituler.... ok kite sambung.. die pun cuba apply kat salah satu fesyen magazine yang terkenal...alih - alih ader satu minah dah isi post tersebut... atas saranan jaga kat sana, dier cuba apply kat financial magazine sebagai financial journalist.

Merasakan tak dapat keje kat situ, dier pun shoot satu 'nasty mail' kat mamat yang interview dier... biasalh..hero jumpa heroin... mamat tu terbaca surat dan tertarik untuk ambik si Rebecca nie berkerja. By the way.. mamat tu actually Luke Brandon yang memegang watak Hugh Dancy..anak orang kaya tu..So, minah tu pun keje ngan dier.... Hugh bagi satu ruang kat Rebecca untuk menulis....sampai dier jadi terkenal....

Dalam hidup... biler dah terkenal ader je orang jelous... girl... nothing to surprise...kehkeh..jangan marah.. tabiat buruk si Rebecca nie di ketahui oleh semua orang begitu juga kekasih gelapnyerr... Hugh....so, akhirnyer si Rebecca nie dok pikir punyer pikir...dierpun berubah... errmmm... aper lagi...'happy ending lerrr... sebenarnyer panjang lagi...maleh ler nak citerr... korang tengok sendiri eh... chayuk...chayuk.... 3 bintang setengah...


Pheonix; perempuan itu penuh misteri...hehehe

Iron Jawed Angles

Siapa Alice Paul dalam Iron Jawed Angels?

One of the Lady Icon here... let's meet Alice Paul atau Alice Stokes Paul ialah Ketua Pejuang Hak Mengundi Wanita Di US sekitar tahun 1910an hingga tahun 1920 hingga penggubalan Nineteenth Amendment to the U.S. Constitution in 1920. Lahir pada Januari 11, 1885 dan meninggal dunia pada Julai 9, 1977. 3 tahun sebelum dia meninggal dunia beliau telah di serang Stroke yang menyebabkan beliau lumpuh.

Alice dengan rakan baiknyer iaitu Lucy Burns telah melakukan pelbagai perkara termasuk strategi keamanan, keberkesanan, tektik, dialog dan revolusi dalam memperjuangkan hak wanita di dalam proses pengundian. Maksudnya pada masa tu perempuan tiada hak mengundi, so Alice and Friends bekerja keras untuk mendapatkan hak tersebut. Proses yang di ambil bukan senang. Makan gak kira – kira 10 tahun.

HBO films telah produced filem nie untuk di dedikasikan kepada perjuangan wanita – wanita Iron Jawed Angles pada masa itu. Di ketuai oleh Alice Paul lakonan Hilary Swank dan di bantu oleh Lucy Burns lakonan Frances O’Conner memang mantap. Justeru tanyangannya pada 2004 yang di filemkan di Virginia telah mendapat tepukan yang paling gemuruh atau standing ovation masa Sundace Film Festival. Memang patut pun.

Semangat yang di tunjukkan oleh mereka memang kental walaupun mereka ini terdiri dari kaum wanita (lelaki tak leh join) dan di pertengahan perjuangan seorang rakan seperjuangan mereka telah meninggal dunia semasa berkempen. Hampir untuk menutup usaha keras mereka bertahun sebelum ini. Alice and friends bangkit semula dan melancarkan usaha yang lebih drastic iaitu berdiri sambil memegang sepanduk di pintu masuk kediaman President. Memang selamba sebab dorang tak melanggar mana – mana kesalahan undang – undang.

Kemuncaknyer, ketika perang pun dorang masih stick kat pintu tu. Sehinggakan masyarakat menyelar mereka dan berlaku huru – hara. Di tahan, di bicarakan dan di penjarakan. Masa tu Alice tak kene lagi. After about few days, Alice lak berkempen. Purposely nak masuk penjara, selain nak pastikan rakan-rakanya selamat, Alice mempunyai agendanyer yang tersendiri... di penjara inilah kemuncak perjuangan mereka... Nak tahu apa jadi kat Alice… tontonlah HBO films sebab citer nie aku bagi 4 bintang.


Pheonix;  suka tengok semangat dorang...contohilah

Missing Boy !!!

Biodata:
Muhamad Adam Haikal Jalil,6 tahun




Kes:
Hilang kira-kira 6 petang, 13 Mac 2010.
ketinggian kira-kira empat kaki (1meter lebih)
berkulit cerah, berambut pendek
parut di dahi dan lenggan kanannya.
baju biru lengan merah,seluar jeans panjang, berselipar
 

Lokasi terakhir:
Blok 98-03-01 Flat Sri Kota,
56000 Bandar Tun Razak
Kuala Lumpur
 
Hubungi:
012-2791044 (bapa)
012-2608660 (ibu)
012-21559241/ 012-9316653
019-2227878 (Halijah Hussin)
atau balai polis berhampiran.


Flat Sri Kota
Bandar Tun Razak
Kuala Lumpur
15 Mac 2010

Lagi kes kanak-kanak hilang.

Kepada pembaca yang mengetahui mempunyai maklumat mengenai kanak-kanak ini, sila ambil tindakan segera.




Muhamad Adam Haikal, 6 tahun, dilaporkan hilang setelah dia didapati tidak pulang ke rumah setelah bermain bersama rakannya di kawasan padang permainan berhampiran rumahnya.

Menurut ibunya, Normayanti Abd Manan,30 tahun, kali terakhir suaminya , Jalil Abd Latif 33 tahun, melihat anaknya itu pada jam 4.30 petang Sabtu lalu apabila anaknya naik ke rumah untuk mengambil gasing.



Ketika itu, Normayanti keluar bekerja, dan anaknya itu tinggal bersama neneknya apabila dia keluar bekerja, dan seperti kebiasaan anaknya akan bermain bersama rakan-rakannya di kawasan sekitar Flat Sri Kota itu namun pada jam7malam anaknya pasti pulang.

“ Tetapi apabila menyedari pada jam 7 malam Adam tidak pulang suami mulai bimbang dan cuba mencari sekitar kawasan rumah tetapi tidak jumpa,” katanya.

“ Pada hari itu, rumah kami sibuk dengan kenduri kahwin adik ipar saya, ahli keluarga banyak bergotong-royong dibawah untuk persediaan kenduri kahwin tersebut.

Setel tidak muncul-muncul, mereka sekeluarga dan penduduk setempat mencari sekitar Bandar Tun Razak, Sungai Besi sehingga Taman Midah tetapi masih tidak ketemu.

Sementara itu, ada sumber mengatakan dipercayai Adam telah mengikut seorang lelaki melayu.

Kata Normayanti, seorang rakan anaknya itu berkata, ada melihat anaknya bermain dibawah blok rumahnya itu.

Kanak-kanak yang bersekolah di Tadika Islam As Syakirin ini dipercayai hilang jam 6 petang dan kali terakhir,memakai .



“ Kami bukan orang senang, tapi jika ada pihak yang mengambil itu mahu membuat anak saya sebagai anak angkatnya saya rela, tetapi bawanya pulang dahulu, tolonglah,” katanya.

Keluarga mangsa dan pihak polis telah melihat rakaman CCTV (kamera litar tertutup) di kawasan perumahan terbabit tetapi tidak dapat mengesan ke mana kanak-kanak itu pergi.

Persatuan Penduduk, Rukun Tetangga Sri Kota turut membantu mengesan kanak-kanak ini dan menampalkan foto beliau dikawasan berhampiran.



Turut merasai kehilangan Muhamad Adam Haikal, adik bongsunya, Nurul Atilia Sufiya,2, mencium gambar abangnya itu.



Pheonix; sebarkan dan laporkan.... bantulah mereka yang memerlukan.

Right Angle

Most of the photographer said the best image is about the angle....? Like this ehh...



Pheonix; layan jer lerr..so clever lah....

Funny Egg


Pheonix; Telo pun diorang buat camne...hikhik..tapi lawak gakkan

The Bourne Identity

Filem spy tahun 2002 based on Robert Ludlum's novel dengan name yang sama. Lakonan mantap Matt Damon yang melakonkan watak Jason Bourne yang mempunyai 3 series. Dalam filem tersebut Jason sebagai agen CIA yang telah gagal dalam satu misi dan mengalami Psychogenic Amnesiac (macam hilang ingatan). Dalam jason cuba recover dari penyakinyer dan cuba mencari identiti sebenar dirinya, conspiracy dalam CIA yang cuba track him down dan cuba membunuhnya.

Biasalah dalam movie, ader kisah percintaan yang mana Jason berjumpa dengan Marie lakonan Franka Potente yang membantu Jason sepanjang perjalanan mencari identitinyer. Filem penuh aksi, sepanjang jalan berjumpa dengan pembunuh yang cuba membunuhnya... but the best part... walaupun dier hilang ingatan, skill martial art, menembak, memburu dan sebagainya masih boleh di buat oleh Jason membuatkan dier tertanyer - tanyer 'Who am I'...

Selepas filem tersebut, series yang berikut muncul iaitu The Bourne Supremacy tahun 2004 dan Oscar nominated third part series di lancarkan pada 2007 iaitu The Bourne Ultimum. Untuk series nie aku bagi 4 bintang.. Antara filem patut tonton..


Pheonix; tonton jangan tak tonton

We Different but I Love U


Pheonix; binatang pun dah pandai tukar selera...kawin campur...hakhak..

Cicak Berkepala Dua

GAMBAR menunjukkan seekor cicak yang berkepala dua di Henley Brook, Australia.


PERTH - Seekor cicak berkepala dua ditemui di Coogee, New South Wales, Australia oleh beberapa pekerja taman reptilia, lapor sebuah akhbar semalam.


Reptilia dari spesies yang dikenali sebagai Shingleback itu kini ditempatkan di sebuah taman reptilia di Henley Brook, di sini.

Cicak itu bukan sahaja mempunyai dua kepala tetapi juga mempunyai dua pasang kaki depan di sisi setiap kepalanya.

Pergerakan cicak itu tidak lincah kerana ia mempunyai dua kepala dan kedua-dua mulutnya boleh memakan makanan.

Salah satu kepala itu didapati lebih besar.

Keadaan itu menyebabkan cicak yang mempunyai kepala lebih besar suka menyerang kepala 'kembarnya' yang lebih kecil. - Agensi

Pheonix; cicak 'BESAR KEPALA' jer belum jumpa lagi...

Kevin Richardson and his animal

Berkenalan dengan zoologist dari South Africa iaitu Kevin Richardson...kagum aku.. ko tengok sendiri kemesraan dier ngan binatang - binatang tersebut.. bukan jenis pelihara kat rumah bro... tetapi... Lion, Black Panther and Hyena... jangan tak percaya...

Pheonix; dah macam orang tengah bercinta lak aku tengok...