Iron Jawed Angles

Siapa Alice Paul dalam Iron Jawed Angels?

One of the Lady Icon here... let's meet Alice Paul atau Alice Stokes Paul ialah Ketua Pejuang Hak Mengundi Wanita Di US sekitar tahun 1910an hingga tahun 1920 hingga penggubalan Nineteenth Amendment to the U.S. Constitution in 1920. Lahir pada Januari 11, 1885 dan meninggal dunia pada Julai 9, 1977. 3 tahun sebelum dia meninggal dunia beliau telah di serang Stroke yang menyebabkan beliau lumpuh.

Alice dengan rakan baiknyer iaitu Lucy Burns telah melakukan pelbagai perkara termasuk strategi keamanan, keberkesanan, tektik, dialog dan revolusi dalam memperjuangkan hak wanita di dalam proses pengundian. Maksudnya pada masa tu perempuan tiada hak mengundi, so Alice and Friends bekerja keras untuk mendapatkan hak tersebut. Proses yang di ambil bukan senang. Makan gak kira – kira 10 tahun.

HBO films telah produced filem nie untuk di dedikasikan kepada perjuangan wanita – wanita Iron Jawed Angles pada masa itu. Di ketuai oleh Alice Paul lakonan Hilary Swank dan di bantu oleh Lucy Burns lakonan Frances O’Conner memang mantap. Justeru tanyangannya pada 2004 yang di filemkan di Virginia telah mendapat tepukan yang paling gemuruh atau standing ovation masa Sundace Film Festival. Memang patut pun.

Semangat yang di tunjukkan oleh mereka memang kental walaupun mereka ini terdiri dari kaum wanita (lelaki tak leh join) dan di pertengahan perjuangan seorang rakan seperjuangan mereka telah meninggal dunia semasa berkempen. Hampir untuk menutup usaha keras mereka bertahun sebelum ini. Alice and friends bangkit semula dan melancarkan usaha yang lebih drastic iaitu berdiri sambil memegang sepanduk di pintu masuk kediaman President. Memang selamba sebab dorang tak melanggar mana – mana kesalahan undang – undang.

Kemuncaknyer, ketika perang pun dorang masih stick kat pintu tu. Sehinggakan masyarakat menyelar mereka dan berlaku huru – hara. Di tahan, di bicarakan dan di penjarakan. Masa tu Alice tak kene lagi. After about few days, Alice lak berkempen. Purposely nak masuk penjara, selain nak pastikan rakan-rakanya selamat, Alice mempunyai agendanyer yang tersendiri... di penjara inilah kemuncak perjuangan mereka... Nak tahu apa jadi kat Alice… tontonlah HBO films sebab citer nie aku bagi 4 bintang.


Pheonix;  suka tengok semangat dorang...contohilah

No comments:

Post a Comment