Congratulation Datuk Nicol David

One of my favourite player... admire...sebab consistance.. good job... memang slalu b'harap agar ader pemain Malaysia dalam acara lain yang di kagumi di peringkat dunia...
DATUK NICOL DAVID merangkul kejuaraan ketiga tahun ini di Terbuka Kepulauan Cayman yang juga kemenangan kedua ke atas seteru dari England, Jenny Duncalf di final untuk 2010.
BERTENAGA... Nicol (kanan) beraksi cemerlang mengatasi Jenny, kelmarin. Nicol mengekalkan kejuaraan yang dimenanginya tahun lalu selepas menewaskan musuh ketatnya tiga set berturut-turut 11-8, 11-8, 11-4 dalam masa 32 minit, kelmarin.
Permainan voli Jenny dalam set pertama ketika dia hanya ketinggalan 8-9 memakan diri selepas memberi mata mudah buat Nicol menang 11-8.
Keadaan hampir sama di set kedua apabila kedua-dua pemain banyak bermain rali hingga satu ketika terikat 7-7, sebelum aksi kemas dan pukulan kilas Nicol memerangkap Jenny untuk kemenangan 11-8 dalam set kedua.
Nicol meningkatkan permainan dalam set ketiga dengan aksi lebih pantas mendahului 5-1.
Namun Jenny merampas beberapa mata untuk Nicol di depan 6-3 sebelum Nicol segera menamatkan permainan 11-4 untuk mempertahankan gelaran Terbuka Cayman buat kali pertama.
“Menentang Jenny sentiasa sukar. Saya fikir permainan akan berkesudahan 3-2 kerana amat sengit dalam set pertama, tidak sangka dapat menang 3-0,” kata Nicol yang kali kedua menundukkan Jenny tahun ini selepas Terbuka Chennai bulan lalu.
Kejuaraan ini juga yang ketiga buat Nicol bagi tahun 2010 selepas Terbuka Chennai dan Kuala Lumpur.
Nicol sempat membayangkan untuk mempertahankan kejuaraan padamasa akan datang dengan berkata: “Saya harap akan kembali mempertahankan gelaran ini tahun depan dan jika badan masih kuat saya pasti akan berada di sini pada 2012 untuk Kejohanan Terbuka Dunia.”
Pheonix; main guli boleh lerr...

No comments:

Post a Comment