Showing posts with label Humanity. Show all posts
Showing posts with label Humanity. Show all posts

O.K.U

pagi tadi riuh pagi di era, Paknil bawak topik Sebelum dan Selepas. Pastu ader satu pendengar menghantar sms yang lebih kurang lerr bunyi nyer camni...

'Saya seorang OKU, dulu saya selalu di hina dan di cemuh kerana kecacatan. Namun selepas bekerja sebagai penjawat awam dan sekarang saya mampu memiliki kereta, saya tidak di pandang hina lagi'

Sebenarnye aku surprise gak lerr, aku ingat zaman sekarang nie dah takder orang hina menghina atas kecacatan orang lain, TETAPI hampa sebab masih ader gak... KENAPA... kepada yang ingin menghina atau telah menghina tu aku nak tanyer korang... korang ingat orang yang OKU tu sengaja ker nak jadi camtu yang korang suka hina - hina tu... lagi satu, kalau yang OKU itu anak korang atau mak bapak korang ker atau saudara mara korang... korang hina gak kerr...

Kalau 30 tahun dulu acceptable gak lerr... sebab masa tu korang pendidikan kemanusiaan nie.. tapi zaman dah berubah... OKU pun manusia juga, korang kene ingat... cuba selami perasaan dorang dan tanya diri sendiri... patut ker orang - orang yang di kategorikan sebagai orang kurang upaya ini di cemuh dan dihina...entahlerr... mungkin sebab korang rasa diri korang tu perfect sangat sampai korang sampai hati menghina yang kurang berupaya ini...

Ingat dunia ini hanya sementara, ari nie korang boleh berdiri megah dan buat tak pandang pada OKU tetapi... sekali Allah s.wt. bagi korang ujian... baru korang rasa.... emosi sangat nie... bagi aku usahlah di hina atau di cemuh... jika tidak mahu bantu sama sekali pun tapi janganlah pulak di hina....  betul tak? sebab kalo korang tanyer orang OKU nie... dorang kalau boleh pun tak mahu jadi macam tu.... so, simpati lah sikit...



Pheonix; geram ngan orang yang mulut cam longkang nie..

Dog Risks Life To Save another Dog!


Aku nak bagi korang tengok kisah dua ekor anjing nie... sungguh menyayat hati sebab kisah nyer camni...

Pada suatu hari... ader seekor anjing yang cuba melintas jalan di tengah - tengah lebuh raya yang sibuk..... hik..hik... sedih gilerr... korang tengok sendiri lerr
Pheonix; memang sedih... patut tonton...

Jangan Silap Pilih


Suddenly aku teringat pasal negara tengkorak di bawah pemerintahan Pol Pot yang mengetuai Pergerakan Combodian Communist yang di kenali sebagai Khmer Rouge dari tahun 1976 hingga 1979 dalam usaha 'membersihkan' negara nyer yang mengakibatkan anggaran kematian 1.7 hingga 2.5 million mangsa. Walaupun dalam masa tempoh yang amat pendek, tetapi impact yang di tunjukkan menjadi sejarah hitam yang mengejutkan bukan hanya pada dunia tetapi lebih kepada negara sendiri.

Pol Pot mula berkuasa sekitar pertengah tahun 1975 dan telah menunjukkan kuasa atau taring yang sebenar. Kesan dari kombinasi hamba, buruh paksaan, tidak cukup zat dan bidang perubatan yang teruk telah menyumbang kepada kemusnahan hampir 20% dari Combodian population. Memang dasyat..tak tahu aper yang hendak di tunjukkkan atau hendak di buktikan kepada dunia sebenarnyer... dari ikut logik..kalau nak tunjukkan kuasa di dunia sebenar... kenapa harus musnahkan bangsa sendiri... atau mungkin lebih berbentuk peribadi iaitu kepuasan diri sendiri...kesan yang berpanjangan tersebut mengambil masa yang lama untuk recover dan pembentukan semula kerajaan hingga ke hari ini masih merangkak - rangkak...

Sehingga ke hari ini, kesan kemusnahan boleh di perlihatkan di sekitar Combodia. Mengapa dan Kenapa.... cuma aku harap ianya tidak terjadi di Malaysia..cukuplah kesusahan yang di hadapi sebelum kemerdekaan.. haruskah kita mendaruratkan diri kita sekali lagi dari kealpaan diri sendiri... sejarah banyak mengajar dan membuktikan.. jadikan ianya sebagai tali pengukur penentu masa depan generasi sekarang dan terumatanya generasi akan datang...

Pheonix; syukur sesangat mendiami bumi Malaysia yang tercinta

Stop Child Labour


Last week aku gi visit my brother kat salah satu spital private kat area Ampang..pas tu aku ngan membe aku gi makan sebab dah lapar sangat..tengah dok pikir - pikir nak makan apa, ada seorang budak perempuan sekitar 8 ker 9 tahun (agak - agak aku ler) tanyer kat aku ngan member aku..

" Bang nak beli buku bang ?" 

Aku menolak perlawaannyer secara baik. Then aku tenggok jam kat kedai (sebab aku tak suka pakai jam) menunjukkan pukul 10:15 malam  bukan pagi bro..mula ler aku terpikir kat budak tadi...
  • Die bekerje kerr...
  • Keje untuk sape
  • Berape dier dapat
  • keje sampai kol baper
  • takder keluarge kerr
  • mak bapak die tak tahuker
  • mak bapak dier ker yang suruh
dan bermacam - macam lagi yang bermain di pikiran aku... percayalah..rupanya bukan budak tu seorang ajer... tak sampai lima minit aku nampak budak lain yang menjual buku gak...budak lelaki dan budak perempuan...dalam 5 ker 7 orang....apa nie?...ada syndicate child labour kerr...?

Bukankah budak - budak tu patut dah duduk kat rumah.. masa untuk tido sebab besok nak sekolah....kalo tak sekolah kenapa? bukan ker patut pada umur seperti itu berhak mendapat pendidikan..tapi kenapa masih di luar waktu malam hari..... 

Ohh mungkin anak yatim kot?... kalo anak yatim pun... mesti ader satu badan kebajikan yang jaga kan... kalo ader kenapa masih ader budak merayau pada waktu itu....takkan takder sedara - mara dier yang lain.. kalo ader kenapa harus begini?

Mungkin budak tu keje kot?... aper ker halnyer budak berumur setahun jagung di suruh kerje...sape yang suruh?.. kenapa? pastu takkan keje sampai malam kot... keje shift kot? Saper ajar... budak kecik keje shift? sah - sah tak sekolah..kalo shift abis kol 12 tengah malam.... come on lah weei...
Sebab nak cari duit untuk tempat dier duduk / ditinggalkan? Takder cara lain ker...takkan budak camtu di suruh keje...setahu aku, kalo kat M'sia nie ader beribu - ribu cara untuk dapatkan sumbangan..tapi kenapa pilih...CHILD LABOUR..tak kesian kerr...

Masalahnyer, aku ingat kat negara lain jer yang teruk sampai berlakunyer Child Labour nie... rupa - rupanyer dah lama menular kat negara sendiri..PLEASE STOP CHILD LABOUR..... bukan ker anak - anak itu pelapis dan bakal pengganti kiter di masa akan datang... harus di bekalkan dengan pendidikan yang sempurna dan sepatutnyer... bukan di suruh jual bekerja hingga lewat malam.. mana pergi orang yang sepatunya bertanggung jawap yang seharusnya melindungi, menjaga dan menjadi contoh kepada kanak - kanak tersebut?

Sebagai manusia, fikirlah dan renungkanlah? Seharusnya menjadi tanggungjawab kita memelihara dan mendidik generasi baru dalam membantu mereka menghadapi masa akan datang...bukan dengan memerah keringat mereka untuk kepentingan sendiri.


Pheonix; tak tahuler aper nak jadi..

Missing Boy !!!

Biodata:
Muhamad Adam Haikal Jalil,6 tahun




Kes:
Hilang kira-kira 6 petang, 13 Mac 2010.
ketinggian kira-kira empat kaki (1meter lebih)
berkulit cerah, berambut pendek
parut di dahi dan lenggan kanannya.
baju biru lengan merah,seluar jeans panjang, berselipar
 

Lokasi terakhir:
Blok 98-03-01 Flat Sri Kota,
56000 Bandar Tun Razak
Kuala Lumpur
 
Hubungi:
012-2791044 (bapa)
012-2608660 (ibu)
012-21559241/ 012-9316653
019-2227878 (Halijah Hussin)
atau balai polis berhampiran.


Flat Sri Kota
Bandar Tun Razak
Kuala Lumpur
15 Mac 2010

Lagi kes kanak-kanak hilang.

Kepada pembaca yang mengetahui mempunyai maklumat mengenai kanak-kanak ini, sila ambil tindakan segera.




Muhamad Adam Haikal, 6 tahun, dilaporkan hilang setelah dia didapati tidak pulang ke rumah setelah bermain bersama rakannya di kawasan padang permainan berhampiran rumahnya.

Menurut ibunya, Normayanti Abd Manan,30 tahun, kali terakhir suaminya , Jalil Abd Latif 33 tahun, melihat anaknya itu pada jam 4.30 petang Sabtu lalu apabila anaknya naik ke rumah untuk mengambil gasing.



Ketika itu, Normayanti keluar bekerja, dan anaknya itu tinggal bersama neneknya apabila dia keluar bekerja, dan seperti kebiasaan anaknya akan bermain bersama rakan-rakannya di kawasan sekitar Flat Sri Kota itu namun pada jam7malam anaknya pasti pulang.

“ Tetapi apabila menyedari pada jam 7 malam Adam tidak pulang suami mulai bimbang dan cuba mencari sekitar kawasan rumah tetapi tidak jumpa,” katanya.

“ Pada hari itu, rumah kami sibuk dengan kenduri kahwin adik ipar saya, ahli keluarga banyak bergotong-royong dibawah untuk persediaan kenduri kahwin tersebut.

Setel tidak muncul-muncul, mereka sekeluarga dan penduduk setempat mencari sekitar Bandar Tun Razak, Sungai Besi sehingga Taman Midah tetapi masih tidak ketemu.

Sementara itu, ada sumber mengatakan dipercayai Adam telah mengikut seorang lelaki melayu.

Kata Normayanti, seorang rakan anaknya itu berkata, ada melihat anaknya bermain dibawah blok rumahnya itu.

Kanak-kanak yang bersekolah di Tadika Islam As Syakirin ini dipercayai hilang jam 6 petang dan kali terakhir,memakai .



“ Kami bukan orang senang, tapi jika ada pihak yang mengambil itu mahu membuat anak saya sebagai anak angkatnya saya rela, tetapi bawanya pulang dahulu, tolonglah,” katanya.

Keluarga mangsa dan pihak polis telah melihat rakaman CCTV (kamera litar tertutup) di kawasan perumahan terbabit tetapi tidak dapat mengesan ke mana kanak-kanak itu pergi.

Persatuan Penduduk, Rukun Tetangga Sri Kota turut membantu mengesan kanak-kanak ini dan menampalkan foto beliau dikawasan berhampiran.



Turut merasai kehilangan Muhamad Adam Haikal, adik bongsunya, Nurul Atilia Sufiya,2, mencium gambar abangnya itu.



Pheonix; sebarkan dan laporkan.... bantulah mereka yang memerlukan.

No Word

 

Pheonix ; pandai lak si anjing tu pegang tangan budak tu...