Lukis GAMBAR kat badan... cantek kerr


Seketika dulu, aku pernah berborak ngan satu brader yang mempunyai parut yang agak kasar di lengan kirinya. Aku pun tanyer ler;

"Camner dapat parut nie bro"

"DUlu masa muda - muda dulu liar sangat, member bertatu aku pun ikut skali tanpa usul periksa. Bila dah lekat kat badan baru datang penyesalan pastu nak cuba hilangkan... tak boleh... satu hari, atas sebab - sebab tertekan dan penyesalan, aku tuang cuka getah kat situ... jadilah camtu" jelasnyer

Tatu ialah tanda yang dibuat dengan meletakkan pigmen dakwat ke dalam kulit. Tatu boleh dibuat pada kulit manusia atau haiwan. Tatu pada manusia ialah jenis hiasan tubuh, tetapi tatu pada haiwan selalunya untuk pengenalan.

Perbuatan bertatu diamalkan di seluruh dunia. Masyarakat Ainu, orang asli di Jepun memakai tatu muka. orang-orang Polinesia, sesetengah suku di Filipina, Borneo, Afrika, Amerika Utara dan Selatan, Mesoamerika, Eropah, Kemboja dan China turut memakai tatu. Walaupun sering dikaitkan dengan pantang larang, tatu terus diamalkan dalam dunia moden.

Dari Prespektif ISLAM;

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam beliau bersabda: “Allah Subhanahu wa Ta’ala melaknati wanita yang menyambung rambutnya, dan yang meminta untuk disambungkan, wanita yang mentato dan meminta ditatokan.” (Shahih, HR. Al-Bukhari no. 5933 dan dari sahabat Ibnu ‘Umar radhiyallahu ‘anhuma no. 5937)

Pendapat Ibnu Hajar

Ibnu Hajar rahimahullahu mengatakan: “Membuat tato haram berdasarkan adanya laknat dalam hadits pada bab ini, … maka wajib menghilangkannya jika memungkinkan walaupun dengan melukainya. Kecuali jika takut binasa, (tertimpa) sesuatu, atau kehilangan manfaat dari anggota badannya maka boleh membiarkannya dan cukup dengan bertaubat untuk menggugurkan dosa. Dan dalam hal ini sama saja antara laki-laki dan wanita.” (Fathul Bari,10/372)

Ulasan oleh Presiden Kesatuan Wanita Muslim Antarabangsa, Dr Robiah Hamzah

Beliau mengulas berkaitan pemakaian tatu oleh remaja dan wanita Muslim “Bukan budaya hidup Islam. Ia juga tidak dibenarkan oleh Islam,” 

Bagaimanapun, bagi masyarakat Islam, simbol tatu secara tidak langsung membawa kepada syirik, khurafat serta sesat kepada pemakainya.


“Tatu kini hanya lebih kepada perhiasan tetapi ramai juga wanita Muslim terbabit dengannya. Mengapa perlu kita memakainya, sedangkan secara terang-terangan ia tidak dibenarkan dalam Islam.

“Puncanya, mereka tidak punya keyakinan diri, luaran dan dalaman, yang kuat. Kerana itu mereka sanggup memakai tatu dan menjadikannya sebagai perlambangan seperti pendinding dan berahi,” katanya.

Bagaimanapun, menurut Robiah, pintu taubat masih terbuka kepada individu terbabit walaupun tatu dibuat tidak boleh dibuang tetapi pemakainya tidak harus menjadikan ia sebab untuk tidak kembali ke pangkal jalan.
Sekadar GAMBAR Hiasan
Sekadar GAMBAR Hiasan
Sekadar GAMBAR Hiasan

Pheonix; Jika jahil dalam agama sekalipun, bukankah patut kita mendapat atau meminta nasihat dari yang arif agar tiada kegelinciran yang membuatkan kita menyesal.

No comments:

Post a Comment