Bomba @ Firefighter



Orang banyak cakap BOMBA nie takder keje... mana taknyer.. kebanyakan masa orang lalu depan balai bomba... dorang dok main bola lerr... main bola tampar lerr.. main takraw lerr.. lepak - lepak lerr... bukan setiap hari ader gumah terbakar... tapi bagi aku... nie kata - kata orang yang tak sekolah sebab tak nak cuba memahami dan belajar kesusahan karier penyelamat seperti BOMBA... kerana percayalah tugas bomba memang mecabar dan semakin meluas

Selain tugas memadamkan api, membantu dalam kes - kes kemalangan, menyelamatkan mangsa banjir, yang terjun lombong lerr kete menjunam kat gaung ler... hinggalah ke kes tangkap ular pun bomba.. pendek kata serba boleh lerr.. selain itu.. rata - rata sekarang nie, bomba pun turun padang dalam memberi pendidikan dan pengajaran yang berteraskan kebakaran, kaedah - kaedah pemadaman, penyelamatan, keselamatan dalam bangunan, lesen boleh duduk dan pelbagai lagi lerr...

Sebagai contoh di tempat aku kerja, Emergency Respond Team (ERT) kali ni di hantar di balai bomba terdekat untuk membuat latihan dari segi teori dan praktikal dari basis iaitu mengenali api sehingga menyelamatkan mangsa.. tough assignment.. sebab ader yang cuba lari masa course, pengsan lah dan yang letih litak tu toksah citer lerr.... dan dari citer - citer dari ahli bomba itu sendiri, bukan calang - calang orang yang boleh pikul amanah dan tanggungjawab yang bakal di galas... sentiasa bersedia 24 jam.. hish..hish... tak larat aku weeii...

Masa last day training, kite worang di bagi pakai suit bomba.. haha.. memang lawak kalau orang awam yang pakai.. ader yang macam alien dan ader yang dah macam badut pun ader.. seriously, termasuk gadget seperti topeng dan tong oksigen dah cukup menyeksakan... belom tambah baju kali api dan kasut but lagi.. bisa panasaran...

Dari training hingga korang bergelar seorang BOMBA bukan merupakan satu bidang yang sangat mudah. Di tambah tanggungjawab dan amanah yang bakal di pikul oleh seorang bomba juga besar... so, ubahlah persepsi korang yang tak tentu hala pasal bomba tu... kenalilah bomba..



Pheonix; good experience sepanjang training.. beshhh

No comments:

Post a Comment