Budak 2 Tahun Merokok dirawat



Gempar apabila youtube memaparkan video seorang budak dari Indonesia Ardi Rizal budak yang berumur 2 tahun yang merokok 40 batang dalam masa sehari.. memang hebat.. tapi not in good way... Ketika videonya di tayangkan, ramai yang membantah kerana ibu bapa penggalak kepada kehidupan yang tidak sihat... Namun berita baik... sebab Ardi kini menerima rawatan ketagihanya.. berikut dari keratan kosmo AHAD..

JAKARTA - Seorang budak dua tahun yang menghisap 40 batang rokok sehari, Ardi Rizal (gambar) kini menerima rawatan untuk menghapuskan ketagihan merokok, kata Pengerusi Suruhanjaya Perlindungan Kanak-Kanak Indonesia, Arist Merdeka Sirait semalam.

Ardi merokok semasa dia berumur 18 bulan. Imej dia menghisap rokok telah disiarkan di stesen televisyen antarabangsa selepas media tempatan melaporkan berita mengenainya.



Menurut Arist, budak itu kini berada di bawah jagaan pihak suruhanjaya sejak lewat bulan lalu dan sedang menjalani terapi psikologi.



"Kami berusaha untuk mengurangkan jumlah rokok yang dihisapnya dari 40 kepada 20 batang sehari," katanya.



"Kami membuatkan dia sibuk dengan aktiviti seperti belajar, bermain dan mengikuti trip rekreasi. Namun, adalah sukar untuk mengurangkan ketagihan merokok. Ia mengambil masa," tambahnya. - dpa


Pheonix; Alahai Ardi.. kalo ko isap puting takder lerr orang marah...

No comments:

Post a Comment