Derma Darah dari Prespektif Islam


Bersempene dengan Kempen Derma Darah bukan DARA ehh... yang bermula dari 7 hingga 12 June 2010 minggu ini, meh aku bawak kalian sume kepada sedikit info iaitu Derma Darah dari Prespektif Islam...
Syeikh Ismatullah Inayatullah telah berkata:

“Tidak ada beza diantara darah kafir dan darah orang islam pada asal pensyariatan untuk menggunakannya dan pengharusan memindahkannya ketika perlu. Sesungguhnya seperti mana diharuskan berkahwin dengan ahli kitab dan membentuk anak2 hasil dari perkahwinan itu dengan percampuran darah, maka pengharusan pemindahan darah diantara muslim dan kafir lebih patut diharuskan. Darah yang dipindahkan hanya bantuan bukanlah membentuk tubuh yang asal.”


Syarat-syarat pemindahan darah dari segi syara’ adalah seperti berikut:


1. Bagi penderma: Baligh, berakal dan tidak dipaksa. Begitu juga tidak mendapat apa-apa kemudaratan dengan sebab menderma darah.


2. Bagi penerima: Hendaklah pesakit itu memerlukan darah di peringkat darurat atau hajiat (memerlukan). Tidak ada benda lain yang mampu mengganti tempatnya. Hendaklah dengan izin penerima melainkan pada keadaan darurat yang tidak memerlukan keizinan penerima. Dalam keadaan darurat juga tidak perlu diambil kira bangkangan dari penjaga budak kecil atau orang gila yang mana pihak perubatan telah menyatakan wajib dilakukan pemindahan darah demi untuk menyelamatkan nyawanya.


3. Pemindahan darah adalah bersifat tabarru’ (sedekah atau hadiah) tanpa melibatkan pertukaran harta kerana haram menjualnya. Diharuskan menggalakkannya dengan diberi pingat.
Fatwa Akademi Fekah bagi Ikatan Dunia Islam telah menyatakan:
"Adapun majlis ini berpendapat haram hukumnya mengambil bayaran dari pemindahan darah atau dengan erti jual beli darah . Ini adalah kerana darah adalah perkara yang diharamkan untuk dimakan yang dinaskan dalam Quran bersama bangkai dan babi. Perkara yang haram dimakan , haram jual beli dan mengambil bayaran. Telah datang hadis yg sahih:
  
إن الله تعالى إذا حرم شيئا حرم ثمنه
Maksudnya: "Sesungguhnya Allah swt apabila mengharamkan sesuatu, akan mengharamkan harga bayarannya."


Para ulama kontemperori telah bersepakat pada pengharusan pemindahan darah sehinggalah ulama yang mengharamkan pemindahan anggota juga mengharuskan pemindahan darah.
Syeyd Abul A’la al-Maududi ulama yang mengharamkan pemindahan anggota telah berkata:


“Harus disisiku memindahkan darah kepada pesakit untuk menyelamatkan nyawanya. Tidak ada sebab untuk mengharamkannya dan menegahnya.”
Rujukan: al-Maqif al-Feqhi wal Akhlaqi min Qadiah Zariel A'do2 oleh Dr Muhammad Ali Al-Bar dan al-Mausu'ah at-Tibbiah al-Feqhiah oleh Dr Ahmad Kan'an.

No comments:

Post a Comment