Showing posts with label Movie. Show all posts
Showing posts with label Movie. Show all posts

Moulin Rouge


Sebuah filem muzikal romantik yang mengisahkan betapa kuatnyer dan utuhnya 'CINTA'. Kisah bagaimana seorang pemuda yang mempunyai bakat sebagai penulis dan jatuh cinta kepada gadis theater ketika berhijrah di kota keriangan... haha... riang... Off course bile sebut gadis, merupakan seorang yang cantik dan menjadi idaman setiap lelaki (dengan aku - aku skali syok..kahkah). Dalam filem nie, tak banyak panorama lain yang korang dapat tengok selain di pentas, belakang pentas dan tempat tinggal si jejaka... filem yang berputar - putar di sekitar situ ajer....

Tapi apa yang di tekankan di dalam filem ini ialah kekuatan CINTA yang mana walaupun menghadapi di lema apabila masa yang sama si jantan yang kaya raya juga syok kat si gadis pentas sehingga sanggup untuk upah orang untuk membunuh di jejaka yang terdahulu bertahta di gadis tersebut... walaneiii... cinta tiga segi nih... dan di sebabkan gadis nie takut akan ugutan tersebut, die terpaksa memperdayakan lelaki tersebut namun apakan daya 'CINTAKU LEBIH KUAT'...

Nak masukkan plot yang sangat sedih sedan... dalam pada masa yang sama, gadis itu menghidapi sejenis penyakit dan semasa show kemuncak, si gadis ni menghembuskan nafasnyer yang terakhir... malang skali sebab dua - dua tak dapat... akhirnya tinggallah si jejaka menyambung usaha sebagai penulis di dalam kegelapan dan kedukaan..

Nyanyi lagu nyanyi lagu.. joget... dah nama filem muzikal... nak buat aper lagi... takkan nak buat kuih kot... apa - apapun.. si gadis itu Nicole Kidman dan si jejaka itu Ewan McGregor... aku bagi 3 bintang setengah... ok lerr... kalo nak tonton...

Pheonix; nicole cantik giler dalam filem nie..hehe

CHUKANG...

Dahler short FILM... tetapi terlalu controversi sehingga pengarah filem ini di ugut.. mungkin mengganggu 'privasi' sesetengah orang kot.. entah lerr... mungkin bagi kiter takder aper.. tetapi bagi sesetengah orang lain pulak pandangan....

Aku dah tengok gak lerr.. jalan citer ok ajerr... tapi lakonan... errmm... segan nak cakap... korang tengok sendiri pas tu komen dalam ati ajer udah..

SeamenProduction — May 11, 2010 — Short Film ini diterbit oleh Seamen Production Sdn Bhd. Karya, Lakon Layar dan Arahan oleh SHUHAIMI LUA,FDAM. Menampilkan barisan pelakon yang hebat di antaranya ialah IFA RAZIAH, ROSLAN SHAH, ROSNAN RAHMAN, AESAR MUSTAFA, AZAM PITT (MYSTAR LG), AMRAN ISMAIL, E'ZHAM, DIOR SHAARI, IDHAM ISMAIL, FAZRIEN ZIAER, SYUQRAN HASSAN & AMILIZAN.


CHUKANG mengungkap kisah seorang tukang urut lelaki yang bernama Azlan. Azlan dalam dilema antara maruah dan kelangsungan hidup di Kuala Lumpur. Akibatnya Azlan mula menipu semua orang dikelilingnya termasuk kakaknya yg tinggal bersamanya dengan mengatakan bekerja di pejabat. pada suatu hari rahsia terbongkar. siapakah yang membongkar rahsianya? Apakah perasaan kakaknya bila melihat adiknya sedang berasmara dengan kaum sejenisnya?

nak tengok tak cari... tekan ajer kat link nie : http://www.youtube.com/watch?v=Ln7PUq2yLUM

Trade


Sebuah filem yang mengisahkan sex sleeve di Mexico yang di barisi pelakon - pelakon yang tidak terkenal tetapi mempunyai lakonan yang mantap... Gadis yang bernama Adriana yang baru sahaja menyambut sambutan hari lahir yang ke 13. Ketika menunggang basikal baru birthday present dari abangya Jorge, Adriana telah di culik untuk di jadikan hamba seks di Amerika. Apabila abangnye mengetahui adiknyer di culik... apa lagi.. die mula menjejaki si bapak ayam yang menculik adiknyer...

Di satu tempat Jorge bersembunyi di sebuah kereta kepunyaan warga Amerika yang sedang mencari anaknya di Mexico (dipercayai telah dijual). Sesampai ajer di Amerika, Ray lakonan Kevin Klein (tuan punyer kereta lerr...) menyedari something wrong kat but kereta, die pun bukak dan dapati ader orang kat dalam iaitu si Jorge ini. Di sebabkan si Ray ni pun polis, tapi siasatan insuran s ler... die pun serahkan kat balai polis berhampiran.... tetiba ajer si Ray nie kesian kat Jorge.. dier pun tolong Jorge ni cari adiknye...

Di pendekkan cerita eh... di sebabkan tiada siapa yang nak tolong (pihak berkuasa) si Ray nie punyer ler baik.... keluarkan duit tabung untuk 'membida' si Adriana melalui Internet.... BERJAYA atau TIDAK si Adrina ni di selamatkan?.. cam biasa.. tengok sendiri... kwang... kwang... kalo aku citer sume... tak syok ler kan...

Citer nie best gak ler... sebab.. korang boleh tengok camner abang cuba sedaya upaya untuk selamatkan adiknya... sambil korang tengok... korang cuba bayangkan dalam realiti yang sebenar... cuba korang tengok perasaan mereka yang dalam situasi seperti Adriana dan Jorge.... Aku bagi 4 bintang... kahkah....


Pheonix; Bengang giler aku tengok bapak ayam dalam citer nie... mendidihhhhjer darah..

Awake

Seorang lelaki kaya yang mempunyai masalah jantung dan memerlukan transplant. Dengan mengetepikan hajat ibunya untuk di bedah oleh doktor pakar keluarga, Clayton Beresford Jr. lakonan Christensen dan insisted di bedah oleh rakanyer baiknyer sendiri iaitu Jack lakonan Howard (surgeon gak ler). Dalam pada masa yang sama gak Clayton nie berpacaran dan berkahwin sehari sebelum pembedahan dengan Sam (jessica Alba) yang merupakan secretary kepada ibunyer yang di lakonkan oleh Lena Olin.

Di awal proses anestesia, Clayton telah mengalami satu phenomenon yang di panggil anesthesia awareness. Pada ketika berlakunye phenomenon tersebutlah Clayton mendapat tahu ader konspirasi untuk membunuhnyer dan mengebas hartanyer. Die dapat tahu yang isterinyer telah berpakat dengan kawan baiknyer Jack dalam konspirasi tersebut...punyerlah haruk... dalam pada masa yang sama gak, ibunyer telah syak sesuatu lantas mengambil tindakan drastik iaitu...........




Pheonix; baik ade makna...

Best Movie Make-ups

Dalam movie, make-ups yang berkesan merupakan elemen yang terpenting di dalam sesuatu plot, namun tanpa pelakon yang mantap menjayakan watak tersebut pula di lihat sebagai satu kelemahan elemen tersebut. Dan bagi aku, beberapa filem yang mempunyai make-ups terbaik dan berkesan selalunyer di gabungkan dengan pelakon yang berbakat besar. Nah lihat ajer seperti Eddie Murphy, John Travolta, Gwenyth Paltrow, Emma Thompson dan yang sebaris dengan mereka di lihat mampu untuk mengihudkan watak sehinggakan penonton tidak mengenali mereka selagi tidak melihat senarai pelakon. Mantap bukan...

Jom kita lihat beberapa koleksi Best Movie Make-ups... menarik...


Pheonix; Fantastic kan..

Anatomie 2

Anatomie 2 or Anatomy 2 is a 2003 German thriller film written and directed by Stefan Ruzowitzky that star Franka Potenta. But you will see more actions by Barnaby Metschurat as Joachim Hauser

Movie nie banyak berkisar kepada sekumpulan pelajar perubatan yang di pergunakan oleh Pensyarahnyer untuk mencipta sesuatu yang baru dalam dunia perubatan dan mensasarkan untuk memenangi Hadiah Nobel.So, dalam citer nie korang akan saksikan bagaimana sekumpulan pelajar tersebut membuat kajian dan menjadikan diri mereka sebagai bahan eksperimen...giler ker tak giler..sebab hasil kajian mereka belum mendapat kelulusan dari mana - mana pihak.Melalui satu pertubuhan haram mereka bergerak secara rahsia hingga sanggup membunuh sesiapa sahaja yang cuba menggagalkan operasi meraka.

Dalam pada masa yang sama, mamat nie...Hauser telah diterima melanjutkan pelajaran di university tersebut...oleh kerana ayah dan adiknyer mengalami satu penyakit urat saraf, obses untuk membuat kajian dan menyertai sekumpulan doctor pelatih menjadi idamanyer... akhirnyer dia di terima masuk...setelah dia menyertai kumpulan tersebut, satu persatu rahsia kumpulan tersebut di ketahui.... dah jadi tugas si hero nie pulak yang membongkar or...TERJAH...masa inilah watak Franka Potenta tu masuk... 

Bagi aku, takderlah istemewa sangat dalam citer nie... tapi ok ler kalo nak layan... aku bagi 3 bintang ajerr...

 
Pheonix; inginkan lebih aksi dari biasa...

Eight Below

Sebuah produksi tahun 2006 lakonan Paul Walker juga berdasarkan dari kisah benar..salah seorang pelakon yang aku suka jugak.. sebab sume filem lakonannyer memang gempaq..dalam post aku yang sebelum ader sebut pasal aurora borealis kan..dalam cerita inilah...

Dalam Eight Below nie agak berlainan dari, Marley and Me dan juga Duma yang mana selain dari kebijakan dan kecekalan serta kemesraan kelapan - lapan ekor anjing salji tersebut, citer nie gak mengisahkan bagaimana misi menyelamatkan anjing - anjing tersebut.

Pada mulanyer lebih kepada tugas - tugas anjing membantu penyelidik di kawasan antartika, then sebab ribut salji berlaku secara mendadak, anging - anjing tersebut terpaksa di tinggalkan berbulan - bulan lamanyer...korang akan tengok bagaimana anjing - anjing tersebut dalam usaha survival..very interesting...Di sepanjang survival episode, korang akan saksikan bagaimana anjing nie berkomunikasi, leading, planing dan pelbagai perkara lain yang anjing capable to do it.. dan di sepanjang di tinggalkan, Jerry Shepard (Paul Walker) mencari jalan, iktiar dan sumbangan untuk misi menyelamatkan anjing - anjing tersebut...

So, dari lapan ekor anjing hanya enam ekor sahaja yang terselamat...hmmm... nak tahu lebih lanjut, korang kene nonton sendiri... memang bess... sebab aku nak bagi 4 bintang untuk citer nie....


Pheonix; takder ker anugerah untuk anjing yang pandai berlakon...

Front of the Class


Tourette syndrome...pernah dengar tak..

Okay, Front of the Class di paparkan berdasarkan kisah benar yang berlaku dalam hidup pesakitnyer iaitu Brad Cohen. Satu sindrom yang mencabar sifat semulajadi manusia dari fizikal mahupun mental..bukan sahaja kepada pengidapnyer tetapi kepada keluarga malahan masyarakat sekelilingnyer. Di ringkaskan..penghidap Tourette Syndrome akan mengeluarkan bunyi - bunyi yang pelik seperti berdecit dan... agak menggangu lah... syndrome yang tiada ubatnyer..so, dalam citer ni korang boleh tengok sendiri macam mana Brad Cohen yang bercita - cita menjadi cikgu lakonan mantap dari pelakon yang hensem Jimmy Wolk (dewasa) dan Dominic (kanak - kanak) memang harus di puji..

Semasa pembikinan filem nie, Brad Cohen bersama untuk memantau dan memberi tunjuk ajar kepada pelakon malahan semua krew produksi berkenaan penyakitnyer supaya nampak lebih real..lebih kurang lah....selain itu juga, bagi Brad Cohen, dia tidak akan biarkan si Tourette ni mengalahkan ataupun melemahkan semangat dia...dan terbukti dia akhirnya berjaya dalam hidup tanpa bergantung harap dengan orang lain... dipaparkan juga bagaimana cabaran hidup yang di hadapi dari kecik hingga dewasa, bagaimana rakan sekolah tidak menerima kehadiranyer, dan bagaimana 24 buah sekolah tidak mahu mengambil dia berkerje sebagai Guru...

Sebuah cerita patut tonton.. banyak kisah yang tersirat...pasti memberi inspirasi pada korang jugak... chayokk...chayookkk... aku bagi 4 bintang...

From Left : Jimmy Wolk, Brad Cohen and Dominic

Pheonix; nak eje tourette pun susah.....

Hairspray

Selain dari John Travolta yang membawakan watak perempuan iaitu Edna yang tak perlu di pertikaikan lagi, juga turut membariskan beberapa pelakon popular seperti Chistopher Walken, Queen Latifa, Zac Efron, Michelle Pfeiffer dan ramai lagi. Movie yang berbentuk muzikal memang seronok untuk di tonton.Dialog sikit, lagu, pastu menari...lagu...menari...lagu... menari.. enjoy....

Apa yang aku nak citerkan di sini ialah bukan plot citer...sebab korang kene tengok sendiri baru enjoy... tak rugi... tapi si John Travolta... Aku memang surprice biler Travolta nie pegang watak perempuan yang penuh dengan sopan santun, bersuara lembut, seorang ibu dan isteri yang baik hati..memang betul - betul amazing....watak Edna memang hidup...dan yang menarik dalam citer nie... si Edna seorang wanita yang bersaiz XXXL tapi biler dier menari memang cun gilerr... jangan ingat orang bersaiz besar tak boleh menari... jangan pandang sebelah mata wokeh...

Pastu, make-up untuk Edna memang cantik beb... dan biler si travolta menari...korang pasti terpegun..memang dier pandai menari...surprise..sebab kebiasaan filem Travolta nie kalo tak gaduh, cari pasal...atau pun yang berbentuk maskulin. Tapi untuk hairspray nie tetiba ajer dier melakonkan watak feminin... lawak ker aperr... korang tengok ler sendiri... filem berbentuk muzikal ini aku bagi 4 bintang....kehkeh


Pheonix; kalo dah berbakat tu..takyah nak sangkal

Duma

Kalau Marley and Me, berkisar kepada keakraban manusia dengan seekor anjing, tapi lain pulak DUMA...manusia dengan seekor cheetah...biar betul...betul...lakonan oleh seorang budak yang bernama Alexander Michaeletos...agak kagum sebab budak nie selamba jer dengan cheetah yang tersangat lah kiut miut....then baru aku tahu, in the real live..budak nie memang dah biasa dengan haiwan - haiwan liar sebab die nie dilahirkan di South Africa and surrounded by lions, cheetahs, leopards dan lain - lain lagi... patut lahh pun..

Apa - pun, berbalik kepada DUMA. Duma nie nama cheetah lerr...Dalam citer nie, duma ni di jumpai di dalam hutan oleh bapa Alex. Di pelihara dari kecik hingga dewasa lah... dan duma nie begitu rapat dengan Alex. Nak di jadikan citer, bapa Alex meninggal dunia lak tapi sehari sebelum dia meninggal dunia, dia bagitahu kat mana Duma di jumpai dan meminta untuk pulangkan duma ke tempat asal. Sebabnya, naluri dan interest duma bukan di dunia manusia.. betul ler tu kan...kang dier ngap kan...risau aku

Di sebabkan pesan bapanya, Alex pun bawak duma pulang ketempat asal berdasarkan peta yang di beri...tanpa memberitahu ibu nyer... tapi yang best part naik moto siot...memang comel giler...cheetah naik moto...on the way... dier jumpa dengan seorang lelaki negro yang tinggal di sekitar hutan tempat yang dituju...dan dalam perjalanan berbagai - bagai rintangan ler yang di hadapi... termasuklah masalah kepercayaan dengan lelaki tersebut...

Akhirnya duma bertemu dengan seekor cheetah betina...kehkeh...korang pun tahuler aper yang terjadi eehhh... di sebabkan terlalu sayang dengan duma, Alex agak keberatan untuk tinggalkan duma di situ... masa ituler yang sedih bro... tapi aku maintain jerkk...kehkeh...

Alex pun kembali kepangkuan ibunyer dan meneruskan kehidupan di ladang tinggalan mendiang ayahnye...aku bagi 3 bintang setengah... patut tonton gak..

Pheonix; memang dari dulu suka tengok cheetah..sebab kiut giler...