Front of the Class


Tourette syndrome...pernah dengar tak..

Okay, Front of the Class di paparkan berdasarkan kisah benar yang berlaku dalam hidup pesakitnyer iaitu Brad Cohen. Satu sindrom yang mencabar sifat semulajadi manusia dari fizikal mahupun mental..bukan sahaja kepada pengidapnyer tetapi kepada keluarga malahan masyarakat sekelilingnyer. Di ringkaskan..penghidap Tourette Syndrome akan mengeluarkan bunyi - bunyi yang pelik seperti berdecit dan... agak menggangu lah... syndrome yang tiada ubatnyer..so, dalam citer ni korang boleh tengok sendiri macam mana Brad Cohen yang bercita - cita menjadi cikgu lakonan mantap dari pelakon yang hensem Jimmy Wolk (dewasa) dan Dominic (kanak - kanak) memang harus di puji..

Semasa pembikinan filem nie, Brad Cohen bersama untuk memantau dan memberi tunjuk ajar kepada pelakon malahan semua krew produksi berkenaan penyakitnyer supaya nampak lebih real..lebih kurang lah....selain itu juga, bagi Brad Cohen, dia tidak akan biarkan si Tourette ni mengalahkan ataupun melemahkan semangat dia...dan terbukti dia akhirnya berjaya dalam hidup tanpa bergantung harap dengan orang lain... dipaparkan juga bagaimana cabaran hidup yang di hadapi dari kecik hingga dewasa, bagaimana rakan sekolah tidak menerima kehadiranyer, dan bagaimana 24 buah sekolah tidak mahu mengambil dia berkerje sebagai Guru...

Sebuah cerita patut tonton.. banyak kisah yang tersirat...pasti memberi inspirasi pada korang jugak... chayokk...chayookkk... aku bagi 4 bintang...

From Left : Jimmy Wolk, Brad Cohen and Dominic

Pheonix; nak eje tourette pun susah.....

No comments:

Post a Comment