Skuad Piala Thomas VS Media


Beberapa minggu sebelum berlangsungnyer acara yang berprestij Piala Thomas.. kerap kali cerita mengenai Skuad Piala Thomas Malaysia terpampang di dada akhbar, di internet mahupun saluran media yang lain. Dalam hati ader juga terdetik, jika dah terlalu banyak cerita mengenai mereka di paparkan, takut terjadi 'Indah Khabar dari Rupa'.. alih - alih dan mungkin secara kebetulan ianya benar - benar terjadi.. errmm.. mana taknyer... setiap jadual latihan mereka menjadi spot lensa dan setiap perasaan dan tekad meraka di rakam.. namun akhirnye lain di mulut lain pulak yang jadi..

Nah, sejak semalam kenyataan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Mohd Nadzmi Salleh selaku mewakili pemain yang turut mengheret pihak media dalam kegagalan misi tersebut. Selaku pemain dan sebuah organisasi yang professional memberi kenyataan yang sebegitu?.. entah.. mungkin di kaca mata mereka sudah berbaris alasan menyokong pendapat tersebut.

Ok cuba lihat dari sudut pihak media, wajarkah mereka di persalahkan atas kegagalan orang lain, kesusahan pihak media dalam memberitahu kepada peminat di Malaysia dalam mendapatkan sumber yang tepat.... menunjukkan sokongan dari pihak media dan dalam diam berjuang bersama - sama skuad negara... adakah peminat badminton tidak perlu tahu perkembangan jaguh - jaguh mereka...

Dari sudut pemain dan pengurus pulak aku rasa... takut kenyataan memakan diri yang mana adakah mereka mampu untuk melakukan seperti apa yang di janji. Bagi mereka media yang membuat liputan harian memberi tekanan memuncak kepada pemain sehingga mengganggu mental pemain mereka menyebabkan kegagalan beraksi baik. Namun menurut pemain lagenda dunia iaitu Jalani yang berkata entah mengapa Nadzmi boleh menerima alasan pemain itu biarpun ada juga yang mengaku gagal beraksi baik di atas gelanggang, sedangkan presiden itu sebelum ini mengesahkan pemain sudah menjalani persiapan dengan cukup sempurna.

Sebagai peminat yang mengikuti setiap perkembangan Thomas Cup 2010... selain dari kemengangan, aku percaya yang peminat semua menantikan aksi - aksi cemerlang dari skuad negara bukan aksi - aksi malu - malu, lembik atau sebagainya.. bak kata orang.. biar kalah menentang dari kalah menyerah.. apa - apapun di harapkan kekusutan kedua - dua pihak dapat di pulihkan dan bersikap secara professional dan lebih terbuka.



Pheonix; harap ader sejarah akan tercipta di masa akan datang

No comments:

Post a Comment