Thomas Cup - Malaysia vs Denmark

Dug..Dag...Dug..Dag...sungguh mendebarkan...dan ketika mengikuti setiap permainan pertemuan diantara Malaysia dan Denmark....begitu ramai lah pulak pengulas sukan yang bertugas... itu lah... ini lah.. apalah... itu pun tak boleh.. arggg... hummm... dan bermacam - macam lagi... lawak pun ader...itu semangat penyokong di luar stadium ehh..

Apa yang aku nak bagitahu kat sini ialah perbezaan di antara games semalam dan juga ketika menentang Japan. Perubahan tersebut bagi aku bukan sahaja dari pemain tetapi kepada penyokong juga... bila mana kedua - dua pihak memainkan peranan seperti yang di harapkan. Perubahan ketara di antara single kedua dan beregu kedua serta single ketiga Malaysia, apabila mereka bermain dengan begitu semangat dan bersungguh - sungguh tidak seperti yang berlaku ketika bertemu Japan... Bagi aku kalah menang itu adat permainan TETAPI jika pemain tidak menunjukkan semangat untuk bermain dan tiada rasa untuk melawan.....merupakan satu yang tidak dapat diterima oleh penyokong.

Dari segi penyokong pulak lebih bersikap matang..walaupun ketika single ke dua beraksi... mereka terus - terusan menyokong... tidak seperti yang sebelumnyer... ketika pasukan lawan leading... penyokong mula tunjukkan aksi hambar dan mula meninggalkan tempat memasing... alasan... boring....namun... malam semalam...begitu berbeza... penyokong tetap memberi sokongan yang jitu... itulah sebenarnyer yang harus di tonjolkan kedua - dua pihak..... 
Walau - apa pun.... Tahniah kepada Thomas Cup Skuad...kerana berjaya melangkah ke perlawanan Separuh Akhir yang di jadualkan bertemu dengan China... so.... teruskanlah menyokong... dah kepada pemain... tunjukkan lah pada mereka siapa jaguh...


Pheonix; teruskan peranan memasing...moga sejarah bakal tercipta sekali lagi..

No comments:

Post a Comment