Dilanggar ketika menyusukan anak


Aku ingat kes - kes accident di sebabkan orang berhenti di laluan kecemasan dah reda.. alih - alih semalam ader satu kes di Kilometer 13.3 Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) arah Shah Alam selepas Subang Jaya. Tapi yang nak citer ialah berkenaan dengan hari malang kedua - dua belah pihak. Yang berlaku secara kebetulan dan kedua - dua nyer berada di tempat dan masa yang tidak sepatutnya. Siapa yang bersalah dan siapa yang tidak bukan urusan dan kuasa aku....

Ok.. berdasarkan fakta eh.. si pemandu iaitu seorang ibu yang baru balik dari kampung selepas bersalin... anak lelaki masih kecik... tak sampai dua bulan lagi... on the way balik ke rumah... suami terpaksa bekerja di luar negara.... tiba - tiba anak kecik asyik nangis... dan dah jadi sifat si ibu... kasihankan anak.. lalu berhenti di laluan kecemasan sebab nak susukan anak.... few minutes later... terasa gegaran kuat.. rupa -  rupanye kete dier dilanggar dari belakang oleh sebuah motosikal... disebabkan rempuhan kuat... si penunggang mati di tempat kejadian.

Dalam keadaan tersebut.. apa perasaan si ibu yang baru sahaja melahirkan anak on the way balik rumah tanpa di temani si suami.. keseorangan... entahler... Allah sahaja yang tahu...

Bagi pihak keluarga mangsa pulak... apa perasaan mereka apabila dapat panggilan dari polis mengatakan anak mereka terlibat dalam kemalangan dan meninggal dunia di tempat kejadian... juga tak dapat aku bayangkan....

Most of the time... aku terpikir gak... dah berapa banyak kemalangan melibatkan kawasan laluan kecemasan.... kenapa dan mengapa... sepatutnyer dah lama sebenarnyer pihak berwajib memantau dan mencari jalan penyelesaiannyer... takkan nak tunggu ader mangsa terbaru lak baru nak ambil tindakan.... itu kata kite pada pihak tertentu... tapi kata pihak tertentu lak.. mungkin arr.... kenapa meletakkan kenderaan di kawasan laluan kecemasan tanpa meletakkan sebarang tanda amaran beberapa meter dari kenderaan.. itukan peraturan yang semua harus tahu... kenapa tak ikut... errmmm...

Pheonix; berhati - hati dan selalu peka ketika di jalan raya

No comments:

Post a Comment