Abang Misai


Sesetengah lelaki segak bergaya dan nampak macho jika bermisai... sesetengah pulak tak sesuai bermisai... pastu kalo yang biasa bermisai... tetiba cukur sume misai dah nampak macam B****t Ayam. Memang nampak muda... tapi tak sesuai.. sebab... bergantung kepada raut wajah... bukan semua orang perlu dan patut ader misai... dan bukan sume orang pulak boleh tidak bermisai.. penting kan... cam rambut gak lerr... ader yang sesuai botak.. ader yang tak sesuai botak.. kalo bagi perempuan 'Rambut itukan Mahkota mereka' dan cuba bayangkan.. kekasih atau isteri korang tu botak... haha.. mesti kelakar... camtu lah maksud aku...

Misai pun bermacam misai gak, ader yang ala - ala cukup untuk cari makan, ader yang TEBAL, ader yang di biarkan MELENTIK.. ader yang just macam BARU TUMBUH.. dan macam - macam lagi ler ikut kesesuaian. Tapi bagi sesetengah perempuan lak.. ader yang suka lelaki bermisai, ader yang tidak... alasan dorang.. geli lah... rimas lerr... nampak selekeh lah... kehkeh... no komen.. itu pendapat memasing sebab aku pun bermisai... hahaha... terasa gak weeiii...


Actually misai itu sangat penting bagi sesetengah lelaki sebagai contoh macam yang berlaku kat Makkah: Seorang tukang gunting rambut yang terlalu leka menonton perlawanan bola sepak di televisyen ketika mencukur janggut pelanggan warga Saudi berusia 50 tahun telah mencukur sebahagian daripada misai lelaki itu.

Kecuaiannya itu menyebabkan dia terpaksa membayarnya dengan harga mahal.

Kerana terlalu marah, pelanggan terbabit memaki-hamun tukang gunting berkenaan sebelum keadaan menjadi tidak terkawal apabila kedua-duanya bergaduh.

Keadaan itu akhirnya dapat dileraikan oleh orang ramai yang berada di dalam kedai berkenaan. Sebagai ganti rugi, tukang gunting itu menawarkan supaya dia menggunting misainya sendiri dan berharap perasaan pelanggannya dapat ditenteramkan.

Bagaimanapun pelanggan terbabit enggan, sebaliknya menuntut tukang gunting itu membayar ganti rugi sebanyak RM4,400. Pertikaian itu berjaya diselesaikan apabila tukang gunting terbabit bersetuju.

Tukang gunting itu juga bersetuju memberi perkhidmatan secara percuma kepada pelanggan terbabit selagi dia ditinggal di kawasan berkenaan.

Biler aku baca berita nie.. aku gelak sakan sebab benda pun pernah berlaku kat aku... si 'Tukang gunting yang sengal' yang tetiba ajer cukur misai aku tanpa kebenaran aku... alih - alih sebelah misai aku dah hilang... aku punya hangin ngan mamat tu... tapi takder ler sampai maki hamun kan... sampai skarang nie aku taknak masuk kedai dier lagi... padan muka dier...  hahaha

 

Pheonix : takder misai dah cam budak skolah lak

No comments:

Post a Comment