Penyangak Siber

Simpati pada suri rumah di Segamat yang di tipu syarikat pelaburan Internet. Penyangak skarang nie menggunakan pelbagai tektik untuk memperdayakan orang untuk kepentingan sendiri..terumatanye kaum ibu.. namun kaum bapa juga harus berwaspada.

MOdal yang di labur bukan skit bro... banyakkkkk... so, hati - hati.. kalo boleh sebelum membuat sebarang keputusan...

  • selidik latar belakang jenis pelaburan terlebih dahulu
  • bawak berbincang... study every single details
  • pastikan pelaburan yang sah dari segi undang - undang
  • semak dokumen yang di beri
  • pikirkan sebarang akibat..jgn dok pikir untung aja
  • dan apa - apa lagi yang perlu

Sape tak nak untung..tapi biarlah kene pada caranya... apa - apapun..ingat bro... Jangan Mudah Terpedaya.. kisah yang lalu jadikan teladan...

Berikut keratan akbar bertarikh 2010/04/17 ;

SEGAMAT: Seorang suri rumah mendakwa kerugian RM228,000 apabila dia diperdaya sebuah syarikat pelaburan Internet yang menjanjikan pulangan lumayan melalui satu skim pelaburan mata wang asing termasuk dolar Amerika Syarikat.
Wanita berusia 32 tahun yang juga ibu kepada enam anak itu tertarik dengan skim terbabit yang ditemuinya selepas melayari Internet pada Disember 2009 lalu.
Difahamkan, mangsa yang juga seorang graduan berkelulusan diploma teknologi maklumat di sebuah universiti tempatan mula terpedaya apabila dia menerima e-mel menjanjikan pulangan pelaburan dalam mata wang dolar.
Tertarik dengan tawaran itu, mangsa terus membalas e-mel sebelum dimaklumkan pihak syarikat terbabit supaya melabur RM98,000 sebagai permulaan.
Mangsa yang tidak berfikir panjang terus bersetuju tanpa mengadakan pertemuan dan perjanjian secara bertulis mahu pun bersemuka dengan pihak syarikat yang menawarkan skim itu.
Difahamkan, mangsa beberapa kali memasukkan wang tunai menggunakan mesin pendeposit di sebuah bank tempatan, malah pernah melakukan transaksi RM60,000 pada satu masa.
Selepas jumlah pelaburan mencukupi RM228,000, mangsa diberikan sekeping sijil oleh syarikat terbabit sebagai tanda dia pelabur berdaftar serta layak menerima pulangan yang dijanjikan.
Wanita terbabit hanya menunggu wang pulangan yang dijanjikan pihak syarikat yang bernilai AS$48 juta (RM168 juta) serta dijanjikan akan dimasukkan terus melalui akaun pada Mac lalu.
Namun, selepas dua bulan lewat dari tarikh dijanjikan, dia cuba menghubungi syarikat terbabit, tetapi gagal apabila nombor telefon tiada dalam perkhidmatan.
Menyedari dirinya ditipu, mangsa beberapa kali ke ibu negara untuk melakukan siasatan sendiri, namun sekali lagi hampa apabila mendapati nama syarikat itu tidak pernah wujud, malah tidak pernah disenaraikan di mana-mana bursa saham tempatan.
Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Abdul Majid Mohd Ali, berkata wanita itu terpedaya dengan janji ditawarkan pihak yang mendalangi sindiket penipuan pelaburan melalui Internet.

No comments:

Post a Comment