Pheonix: Naik teksi ajer lerr...



Rasa aku lerr.. dah 4 atau 5 kali gak ler aku nengok filem pecah panggung di Amerika Syarikat pada 2005, The Exorcism of Emily Rose, mengisahkan seorang gadis yang dirasuk hantu dan menjalani banyak upacara penyembuhan untuk membebaskannya? Watak tersebut dilakonkan oleh Jennifer Carpenter... lakonan yang mantap bagi aku... sebab biler aku teliti mangsa sebenar di alam nyata... bih kurang jerr...Di samping itu gak, ia berdasarkan cerita benar yang dialami seorang wanita muda. Selain itu gak filem tersebut mengisahkan keadaan masa trial terhadap paderi tersebut...Bacalah Berita Minggu bertarikh 18 April 2010..kesah benar The Exorcism of Emily Rose
Hebat ibu bapa masa kini, tunjuk hebat kat anak - anak, tunjuk kuat, tunjuk betapa berkuasanya title tersebut. Sampai boleh menjatuhkan hukum sesuka hati.. tak nak - buang kat semak, tong sampah, tanam idup - idup... tak suka jerr - belasah pijak kepala, tumbuk perut, pukul bak bik buk... benci jer - bakar, sumbat dalam lubang jamban dan segala - gala macam bentuk hukuman dan siksaan yang mengalahkan zaman Jepun seketika dulu...kejam...kejam...Hei.... apa nie... kenapa harus bunuh satu jiwa jika kesilapan itu dari kita... hoi... tak belajar ker hukum hakam agama....apa korang sudah buta mata dan hati... Hampir setiap hari terpapar kat surat kabar... tak reti baca ker... kat tv..takkan tak tahu kot.. abih tu.. apasal masih ader kes berkaitan pembunuhan bayi lagi... sengal lah korang...
Alasan yang slalu korang bagi...terlanjurlah bang.. paling popular nie.. takut/malu... masa korang buat korang pikir aperr..stress.. jumper ler doctor / kaunseling... dan pelbagai alasan lah yang korang create..
Paling best cam yang berlaku kat New York.. jelous ngan anak..sebab anak lebih suka ngan mak... biler ngan bapak... asyik nangis..asyik nangis lahh... pas dier tengking anak dier tu.. dier tumbuk dada budak tu... on the way to Hospital.. budak tu di sahkan meninggal..
Korang bayangkanlah... kalo dah anak dier sendiri tak suka dengan bapak dier... bapak dier ingat orang lain suka ker kat dier.. kalo sengal tu sengal ler jugak..
Camner lah nasib anak - anak masa kini.. bangkit weeiii.. lihatlah...dengarlah dan selamatkanlah jiwa yang tidak berdosa..jangan nasi dah jadi bubur.. baru jiran cakap... tangisan misteri ler..pernah nampak mangsa kene pukul lerr... mangsa pernah mengadu didera lerr dan memacam lagi lehhh...
cewah.. mesti ada yang tengah angin nie... Ini cuma pendapat pheonix-high-riez jerr...
Simpati pada suri rumah di Segamat yang di tipu syarikat pelaburan Internet. Penyangak skarang nie menggunakan pelbagai tektik untuk memperdayakan orang untuk kepentingan sendiri..terumatanye kaum ibu.. namun kaum bapa juga harus berwaspada.
MOdal yang di labur bukan skit bro... banyakkkkk... so, hati - hati.. kalo boleh sebelum membuat sebarang keputusan...
Sape tak nak untung..tapi biarlah kene pada caranya... apa - apapun..ingat bro... Jangan Mudah Terpedaya.. kisah yang lalu jadikan teladan...

AL-FATIHAH buat DIN BERAMBOISekitar pukul 12.35 malam semalam, pelawak terkenal tanah air, Din Beramboi atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 44, menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Selayang. Kematian Allahyarham disahkan oleh Pengurus Saluran Astro Prima, Nizam Sani. Jenazah beliau telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Ehsan, Kepong jam 11 pagi tadi.
Allahyarham sebelum ini dimasukkan ke Wad Rawatan Rapi (ICU) kerana menghidap Dengue Shock Syndrome sudah berada dalam keadaan kritikal sejak petang semalam. Penyakit ini akan menyebabkan pengaliran darah dalam badan terjejas akibat jangkitan virus Denggi. Untuk jangkitan Denggi, tiada ubat yang boleh digunakan untuk melawan virus itu dan prognosis banyak bergantung kepada keadaan pesakit. Menurut adik kepada Din Beramboi, Rozana, 39, virus demam denggi berdarah yang dialami Allahyarham telah merebak ke hati dan buah pinggang, menyebabkan kedua-dua organ itu tidak boleh berfungsi.
Pemergian Allahyarham Din Beramboi pasti dirasai oleh peminat-peminat yang sentiasa tidak kering gusi melihat telatah lucu Allahyarham. Gelanggang Raja Lawak 4 juga yang terakhir dalam karier seni Allahyarham. Selepas ini, tiada lagi kedengaran suara Allahyarham berkumandang di radio ERA untuk segmen Aznil Riuhkan Pagi ERA bersama Din Beramboi. Saya pasti ramai yang akan merindui program Drama Sebabak dan Sawancara kendalian beliau. Sebelum ini, Allahyarham ada menunjukkan tanda-tanda yang beliau akan meninggalkan kita semua, di bawah ini kata-kata Allahyarham di Twitter milik beliau.

Tapi lumrah hidup di dunia, yang hidup pasti akan mati. Dari Allah kita datang, kepadaNya kita kembali. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah untuk Allahyarham Din Beramboi, semoga roh beliau dicucuri rahmat. Al-Fatihah.


