
H1N1

PUTRAJAYA: Sejumlah 39 kes baru Influenza A (H1N1) dikesan sehingga 5.30 petang semalam, menjadikan jumlah terkumpul kes itu setakat ini sebanyak 13,127 kes.
"Jumlah kes Penyakit Serupa Influenza (ILI) yang masih dirawat di seluruh negara adalah sebanyak 534 kes. Daripada jumlah itu, 70 kes atau 13.1 peratus disahkan positif A (H1N1)," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Dr Mohd Ismail berkata, sehingga jam 8 pagi ini, kementerian menerima enam laporan kejadian kluster ILI daripada empat negeri iaitu Johor, Pahang, Perak dan Perlis.
Beliau berkata, ia termasuk Tadika Sri Merdeka, Taman Merdeka, Batu Pahat, Johor, Klinik Kem Pusat Latihan Khidmat Negara Indera Pahlawan, Jengka 6 Maran, Pahang dan Kuarters Imigresen, Padang Besar, Perlis.
Dr Mohd Ismail berkata, orang awam perlu sentiasa mengamalkan langkah-langkah pencegahan sepertimana yang telah dihebahkan sebelum ini dan golongan berisiko tinggi termasuk ibu hamil dan penghidap penyakit kronik seperti asma, diabetes, buah pinggang dan jantung harus segera mendapatkan pelalian vaksin A (H1N1) di 104 fasiliti kementerian di seluruh negara.
Beliau berkata, hasil pemantauan pemberian vaksinasi itu mendapati ia adalah selamat tanpa sebarang kesan sampingan yang serius.
Maklumat lanjut berkenaan Influenza A (H1N1) boleh didapati dengan melayari laman sesawang kementerian di http://h1n1.moh.gov.my atau menghubungi hotline kementerian di talian 03-8881 0200 atau 03-8881 0300, katanya.-Bernama
The Exorcism of Emily Rose


Rasa aku lerr.. dah 4 atau 5 kali gak ler aku nengok filem pecah panggung di Amerika Syarikat pada 2005, The Exorcism of Emily Rose, mengisahkan seorang gadis yang dirasuk hantu dan menjalani banyak upacara penyembuhan untuk membebaskannya? Watak tersebut dilakonkan oleh Jennifer Carpenter... lakonan yang mantap bagi aku... sebab biler aku teliti mangsa sebenar di alam nyata... bih kurang jerr...Di samping itu gak, ia berdasarkan cerita benar yang dialami seorang wanita muda. Selain itu gak filem tersebut mengisahkan keadaan masa trial terhadap paderi tersebut...Bacalah Berita Minggu bertarikh 18 April 2010..kesah benar The Exorcism of Emily Rose‘Emily Rose’ di alam nyata ialah Anneliese Michel, seorang wanita cantik yang bakal mempunyai kerjaya dalam bidang pendidikan. Dia dilahirkan pada 21 September 1952 di sebuah kampung kecil di Bavaria.
Dibesarkan di Klingenberg am Main, Jerman, dalam keluarga yang taat kepada ajaran Katolik, Anneliese menjalani kehidupan seperti kanak-kanak biasa tetapi semakin taksub kepada agama apabila semakin dewasa.Pada usia 17 tahun, kehidupan Anneliese bertukar menjadi mimpi ngeri. Dia mula kerap mengalami sawan luar biasa pada waktu malam dan tidak boleh bercakap. Doktor mendapati Anneliese mengalami sawan Grand Mal dan selepas mengalami sawan kali ketiga, dia dimasukkan ke sebuah hospital psikiatri di Mittleberg selama setahun.Ketika di hospital, Anneliese mula ternampak wajah hantu, terutama ketika upacara keagamaan dan suara memberitahu dia dilaknat. Anneliese yakin keadaannya ada kaitan dengan roh. Dia menggesa pihak gereja mengadakan upacara menghalau roh tetapi mereka enggan berbuat demikian sebaliknya mencadangkan Anneliese lebih mendalami agama.Keadaan Anneliese lebih teruk, dia mula mencederakan diri sendiri, menggigit anggota keluarga, memakan lalat, arang dan labah-labah, malah menggigit kepala bangkai burung sehingga putus. Dia juga mula mengoyakkan pakaian, menyalak seperti anjing selama beberapa hari pada satu-satu masa serta kencing di atas lantai dan menjilatnya. Anneliese turut merosakkan semua simbol agama. Lima tahun kemudian, ibu bapa Anneliese berjumpa dengan pelbagai paderi dan meminta mereka mengadakan upacara mengusir roh. Selepas akhirnya mengisytiharkan Anneliese dirasuk hantu pada September 1975, Ketua Paderi Josef Stangl, mengarahkan upacara pengusiran diadakan dan paderi Ernst Alt dan paderi Arnold Renz diarah melakukannya. Antara roh jahat yang dikatakan merasuk Anneliese termasuk Adolf Hitler, Cain, Nero, Judas, Legion, Belial dan Lucifer. Upacara bermula pada September dan berterusan hingga akhir Jun 1976.Selama 10 bulan upacara itu dilakukan sekali atau dua kali seminggu dan ada kala berlanjutan sehingga empat jam. Dalam banyak sesi, Anneliese menyerang balas sehingga terpaksa dirantai. Ketika ia berlangsung, Anneliese bercakap menggunakan suara syaitan dalam beberapa bahasa berbeza. Kesihatan Anneliese semakin buruk sepanjang upacara itu dijalankan kerana dia enggan makan kononnya hantu tidak membenarkan dia berbuat demikian. Kedua-dua lututnya pecah selepas menghantuknya ke lantai kerana 600 kali.Anneliese pernah memberikan surat bertulis menyatakan dia tidak mahu lagi meneruskan upacara pengusiran itu. Dia mendakwa didatangi Virgin Mary dan menawarkan dua pilihan - segera bebas daripada rasukan hantu atau membiarkan ia berterusan untuk jangka lebih lama bagi mendedahkan bahaya dan kuasa syaitan kepada dunia dan menyelamatkan banyak jiwa lain.Anneliese juga diberitahu sebelum kematiannya, dia akan bebas daripada hantu dan meninggal dunia dalam kemuliaan. Anneliese memutuskan untuk membiarkan dia dirasuk dan menghentikan upacara mengusir hantu. Dia juga meramalkan kematiannya. Pada tengah malam 1 Julai 1976, hari yang diramalkannya, Anneliese tidur dan tidak bangun lagi selepas itu. Laporan bedah siasat menunjukkan dia meninggal dunia kerana kekurangan zat dan kekeringan air dalam badan. Siasatan memutuskan Anneliese dibiarkan kebuluran sehingga mati dan jika dipaksa makan, dia akan selamat. Kedua-dua ibu bapa dan paderi yang terbabit dalam upacara itu didakwa membunuh tanpa niat dan perbicaraan bermula pada Mac 1978.Di sebalik penayangan beberapa sesi upacara itu yang dirakamkan, keempat-empat mereka didapati bersalah. Sebelum perbicaraan dimulakan, ibu bapa Anneliese meminta mayatnya dikorek semula kerana terpengaruh dengan kenyataan seorang biarawati yang mengatakan mayatnya tidak reput dan menjadi bukti ia adalah kes luar biasa.Permohonan mengorek semula kubur Anneliese dibenarkan tetapi dikatakan ia reput seperti mayat lain. Pada 25 Februari 1978, mayat Anneliese dipindahkan ke keranda baru dan dikebumi kira-kira 30 meter dari rumahnya.Kes itu menjadi yang terakhir pengiktirafan rasmi gereja Katolik kepada rasukan hantu dan memberikan keizinan upacara pengusiran dilakukan. Dalam kata akhirnya kepada paderi, Anneliese memberi amaran kepada mereka supaya ‘memohon pengampunan’, sementara kata-kata terakhir kepada ibunya ketika Anneliese sedang nazak ialah: “Emak, saya takut.”
Achik Spin Kemalangan Maut

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.15 petang itu, kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima yang dinaiki Achik dikatakan terbabas ketika dia bersama seorang rakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Green Street Homes, Seremban 2 di sini.
Akibat kemalangan itu, Achik dikatakan tercampak keluar dari kenderaan sejauh kira-kira lima meter sebelum MPV itu terbakar dan meletup.
Kemalangan itu juga menyebabkan Achik cedera parah di kepala dan beberapa bahagian anggota badan sebelum meninggal dunia di tempat kejadian.
Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Abd. Halil Hamzah berkata, semasa kemalangan, mangsa menaiki kenderaan tersebut bersama seorang rakan dikenali sebagai Mohd. Salihin Shah Mohd. Salleh, 29.
Selamatkah Mereka
Hebat ibu bapa masa kini, tunjuk hebat kat anak - anak, tunjuk kuat, tunjuk betapa berkuasanya title tersebut. Sampai boleh menjatuhkan hukum sesuka hati.. tak nak - buang kat semak, tong sampah, tanam idup - idup... tak suka jerr - belasah pijak kepala, tumbuk perut, pukul bak bik buk... benci jer - bakar, sumbat dalam lubang jamban dan segala - gala macam bentuk hukuman dan siksaan yang mengalahkan zaman Jepun seketika dulu...kejam...kejam...Hei.... apa nie... kenapa harus bunuh satu jiwa jika kesilapan itu dari kita... hoi... tak belajar ker hukum hakam agama....apa korang sudah buta mata dan hati... Hampir setiap hari terpapar kat surat kabar... tak reti baca ker... kat tv..takkan tak tahu kot.. abih tu.. apasal masih ader kes berkaitan pembunuhan bayi lagi... sengal lah korang...
Alasan yang slalu korang bagi...terlanjurlah bang.. paling popular nie.. takut/malu... masa korang buat korang pikir aperr..stress.. jumper ler doctor / kaunseling... dan pelbagai alasan lah yang korang create..
Paling best cam yang berlaku kat New York.. jelous ngan anak..sebab anak lebih suka ngan mak... biler ngan bapak... asyik nangis..asyik nangis lahh... pas dier tengking anak dier tu.. dier tumbuk dada budak tu... on the way to Hospital.. budak tu di sahkan meninggal..
Korang bayangkanlah... kalo dah anak dier sendiri tak suka dengan bapak dier... bapak dier ingat orang lain suka ker kat dier.. kalo sengal tu sengal ler jugak..
Camner lah nasib anak - anak masa kini.. bangkit weeiii.. lihatlah...dengarlah dan selamatkanlah jiwa yang tidak berdosa..jangan nasi dah jadi bubur.. baru jiran cakap... tangisan misteri ler..pernah nampak mangsa kene pukul lerr... mangsa pernah mengadu didera lerr dan memacam lagi lehhh...
cewah.. mesti ada yang tengah angin nie... Ini cuma pendapat pheonix-high-riez jerr...
Penyangak Siber
Simpati pada suri rumah di Segamat yang di tipu syarikat pelaburan Internet. Penyangak skarang nie menggunakan pelbagai tektik untuk memperdayakan orang untuk kepentingan sendiri..terumatanye kaum ibu.. namun kaum bapa juga harus berwaspada.
MOdal yang di labur bukan skit bro... banyakkkkk... so, hati - hati.. kalo boleh sebelum membuat sebarang keputusan...
- selidik latar belakang jenis pelaburan terlebih dahulu
- bawak berbincang... study every single details
- pastikan pelaburan yang sah dari segi undang - undang
- semak dokumen yang di beri
- pikirkan sebarang akibat..jgn dok pikir untung aja
- dan apa - apa lagi yang perlu
Sape tak nak untung..tapi biarlah kene pada caranya... apa - apapun..ingat bro... Jangan Mudah Terpedaya.. kisah yang lalu jadikan teladan...
SEGAMAT: Seorang suri rumah mendakwa kerugian RM228,000 apabila dia diperdaya sebuah syarikat pelaburan Internet yang menjanjikan pulangan lumayan melalui satu skim pelaburan mata wang asing termasuk dolar Amerika Syarikat.
Wanita berusia 32 tahun yang juga ibu kepada enam anak itu tertarik dengan skim terbabit yang ditemuinya selepas melayari Internet pada Disember 2009 lalu.
Difahamkan, mangsa yang juga seorang graduan berkelulusan diploma teknologi maklumat di sebuah universiti tempatan mula terpedaya apabila dia menerima e-mel menjanjikan pulangan pelaburan dalam mata wang dolar.
Tertarik dengan tawaran itu, mangsa terus membalas e-mel sebelum dimaklumkan pihak syarikat terbabit supaya melabur RM98,000 sebagai permulaan.
Mangsa yang tidak berfikir panjang terus bersetuju tanpa mengadakan pertemuan dan perjanjian secara bertulis mahu pun bersemuka dengan pihak syarikat yang menawarkan skim itu.
Difahamkan, mangsa beberapa kali memasukkan wang tunai menggunakan mesin pendeposit di sebuah bank tempatan, malah pernah melakukan transaksi RM60,000 pada satu masa.
Selepas jumlah pelaburan mencukupi RM228,000, mangsa diberikan sekeping sijil oleh syarikat terbabit sebagai tanda dia pelabur berdaftar serta layak menerima pulangan yang dijanjikan.
Wanita terbabit hanya menunggu wang pulangan yang dijanjikan pihak syarikat yang bernilai AS$48 juta (RM168 juta) serta dijanjikan akan dimasukkan terus melalui akaun pada Mac lalu.
Namun, selepas dua bulan lewat dari tarikh dijanjikan, dia cuba menghubungi syarikat terbabit, tetapi gagal apabila nombor telefon tiada dalam perkhidmatan.
Menyedari dirinya ditipu, mangsa beberapa kali ke ibu negara untuk melakukan siasatan sendiri, namun sekali lagi hampa apabila mendapati nama syarikat itu tidak pernah wujud, malah tidak pernah disenaraikan di mana-mana bursa saham tempatan.
Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Abdul Majid Mohd Ali, berkata wanita itu terpedaya dengan janji ditawarkan pihak yang mendalangi sindiket penipuan pelaburan melalui Internet.
Katak tu Halal kerrr...
First time nengok...geli siot...ngak bisa tatapan lagi... pasai 'Mee Katak' lerrr. The problem is... restoran tu ader sijil 'HALAL'... sijil tu memang lerr halal..tapi makanan yang di sediakan halal kerr... sadisnyerr...kopitiam tu... dia dapat sijil tu secara halal ker secara haram ker aku tak tahu...memacam lerr... dulu ader gak kes...cicak dalam sos cili, tikus ler lipas lerr.. cipan jer lom jumper lagi.. kalo ade korang email kat aku ehhh
Pada member sume.. berhati - hatilah kalo makan di luar... timbul rase was - was dan syak wasangka... angkat kaki makan kat gumah ajer lerr... 'Makan tanpa was - was'..bagi aku tanda Halal yang diperlekehkan tu memang melampau dan kurang ajar lerr.. just make it simple.... kalo tak halal buat cara tak halal...yang ngada - ngada tampal tanda halal tu saper suruh... ingat poster iklan ubat gigi kerr..

Strike Valley League '09 - Final Edition
Sebenarnyer...ni bowling league tertutup among kiteworang ajerr... sajer nak ngada - ngada updata Blog....hahaha....tapi kalo nak tengok datang ajer lerr... leh lepak - lepak skali
Pada semua pemain pro yang terlibat ingat...be punctual... jangan lambat wokeh... and be prepared apa - apa yang patut... stamina kene jagerr... 5 frame to bro...
Slamat Berjuang demi memertabatkan Strike Valley..adioss..
Sahabat Sejati
Sahabat sejati
Oleh Azahar Hashim
am@hmetro.com.my
2010/04/07
KULIM: Demi sahabat, seorang lelaki sanggup berhenti kerja bagi membantu menguruskan rakan cacat seumur hidup akibat disimbah asid oleh saudara kandungnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang, Disember tahun lalu.
Mat Dori Osman, 34, bersama dua rakannya, Shahrul Kamel Jamaluddin, 41, Mohd Shahrel Mohd Ali, 28, kini bersama-sama membantu dan menguruskan keperluan Azri Abdullah, 42, di rumah mereka di Taman Tunku Putra, di sini, serta membawanya ke hospital untuk rawatan susulan setiap dua minggu sejak bulan lalu.
Harian Metro pernah melaporkan penderitaan Azri pada 12 Januari lalu yang parah selepas disimbah asid oleh ibu kandung dan adik lelakinya di Kampung Jarak Atas, Tasek Gelugor dalam kejadian 22 Disember tahun lalu.
Akibat kejadian itu, Azri yang masih bujang parah di seluruh muka, dada dan kedua-dua tangan dan dirawat di Unit Rawatan Kebakaran, Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star.
Kejadian itu juga menyebabkan Azri hampir buta dan kini penglihatannya kabur.
Mat Dori, ketika ditemui, berkata dia mengambil keputusan berhenti kerja dari sebuah kilang di Prai, Pulau Pinang kerana terlalu simpati dengan Azri yang kini tidak mempunyai tempat bergantung selepas dibenarkan keluar dari hospital.
Katanya, dia sudah lama mengenali Azri sebagai sahabat, malah keluarganya sendiri merestui tindakannya berhenti kerja membantu Azri.
“Hanya saya berhenti kerja, tetapi Shahrul Kamel dan Mohd Shahrel masih bekerja. Kami bergilir menjaga urusan Azri dan sekiranya dia perlu ke hospital, kami bertiga akan menghantarnya,” katanya.
Katanya, dia tidak menyesal berhenti kerja kerana pasti satu hari nanti apabila penglihatan Azri pulih semula dan keadaan bertambah baik, dia akan mencari kerja semula.
“Saya ikhlas membantu Azri kerana keluarganya sudah tidak mempedulikannya lagi,” katanya. Sementara itu, Azri ketika ditemui, berkata dia amat bersyukur dan terharu masih ada sahabat sudi membantunya selepas dia hilang tempat bergantung.
Katanya, tiga sahabatnya itu yang menguruskan segala makan minumnya selepas dia dibenarkan keluar hospital bulan lalu.
“Saya amat terharu apabila Mat Dori sanggup berhenti kerja semata-mata untuk menjaga saya terutama untuk menyapu ubat di bahagian badan yang melecur tiga kali sehari selain menyuapkan makan.
“Apabila Shahrul Kamel dan Mohd Shahrel keluar bekerja, Mat Dori mengambil tugas menjaga saya dan apabila pulang bekerja mereka menjaga saya. Inilah kawan ketika susah dan senang saya,” katanya.
Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh hubungi Azri di talian 012-5772130 atau menerusi akaun RHB Bank bernombor 10702800602905.
Perginya Permata Berharga - Din Beramboi
AL-FATIHAH buat DIN BERAMBOISekitar pukul 12.35 malam semalam, pelawak terkenal tanah air, Din Beramboi atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 44, menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Selayang. Kematian Allahyarham disahkan oleh Pengurus Saluran Astro Prima, Nizam Sani. Jenazah beliau telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Ehsan, Kepong jam 11 pagi tadi.
Allahyarham sebelum ini dimasukkan ke Wad Rawatan Rapi (ICU) kerana menghidap Dengue Shock Syndrome sudah berada dalam keadaan kritikal sejak petang semalam. Penyakit ini akan menyebabkan pengaliran darah dalam badan terjejas akibat jangkitan virus Denggi. Untuk jangkitan Denggi, tiada ubat yang boleh digunakan untuk melawan virus itu dan prognosis banyak bergantung kepada keadaan pesakit. Menurut adik kepada Din Beramboi, Rozana, 39, virus demam denggi berdarah yang dialami Allahyarham telah merebak ke hati dan buah pinggang, menyebabkan kedua-dua organ itu tidak boleh berfungsi.
Pemergian Allahyarham Din Beramboi pasti dirasai oleh peminat-peminat yang sentiasa tidak kering gusi melihat telatah lucu Allahyarham. Gelanggang Raja Lawak 4 juga yang terakhir dalam karier seni Allahyarham. Selepas ini, tiada lagi kedengaran suara Allahyarham berkumandang di radio ERA untuk segmen Aznil Riuhkan Pagi ERA bersama Din Beramboi. Saya pasti ramai yang akan merindui program Drama Sebabak dan Sawancara kendalian beliau. Sebelum ini, Allahyarham ada menunjukkan tanda-tanda yang beliau akan meninggalkan kita semua, di bawah ini kata-kata Allahyarham di Twitter milik beliau.

Tapi lumrah hidup di dunia, yang hidup pasti akan mati. Dari Allah kita datang, kepadaNya kita kembali. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah untuk Allahyarham Din Beramboi, semoga roh beliau dicucuri rahmat. Al-Fatihah.



Pendatang Baru Nikon
So, sajer nak tunjuk gambo kat bawah nie... bagi dier panas skit.... bakar line....hahaha
































