Showing posts with label News. Show all posts
Showing posts with label News. Show all posts

MIXED


Ari nie aku nak tanyer korang,

Nak minum air apa? 
Nak buah apa? 
Nak sayur apa? 
Nak bunga apa?

Bukan aku nak blanja, NOT YET? someday maybe. 

Setiap hari bukak ajer surat khabar pelbagai berita di sajikan.. apa yang tak de... Kes bunuh, kes buang anak, tangkap khlawat, rogol, gay dan lesbian, buang mak / ayah, masalah keluarga, kemalangan, colik dan bermacam - macam lagi.... macam gambar kat atas... MIXED... 
Makin di beritahu akibat - akibat perbuatan tersebut, makin menjadi - jadi lak kes - kes yang sama berulang cuma mangsa, si penjenayah, modus operandis ajer yang mungkin berbeza lerr...errmm... Malaysia dan moden... membangun dengan pesat... maka jenayah pun pesat gak ehh...nak bangga ker nak sedih ker nak meluat ker... entah... i dun know lerrr.... tapi kalo takder citer - citer camni tak seronok gak kan... 


Dalam berita ari nie ehh (nama akhbar di rahsiakan...hehehe);

  • Emak bapak bergolok bergadai cari anak yang lari ikut PENGKID
  • Anak buang bapak sendiri
  • Cuba melarikan diri ketika di tangkap khalwat
  • Gadis OKU di langgar di tempat lain dan 'dibuang' di tempat lain dalam   separuh bogel
  • Di tahan jual 'kuih ganja'
  • Isu Halal
Dan macam - macam lagi lerr... tapi kalo tak di siarkan ramai yang tak tahu pulak kan... tapi kalo hampir setiap hari benda yang sama... itu dah macam perkara biasa... weellll... biasalah zaman sekarang yang serba moden.... 

Tapi bagi aku ler kan, kalo 'penyakit - penyakit' nie tidak di rawat... lebih tinggi tahap kesukaran dan tahap untuk menyembuhkannya. Macam barah, kalo tak di cegah atau dirawat dari peringkat awal lagi, maka bila dah sampai high stage.... susah bro...

Abang Misai


Sesetengah lelaki segak bergaya dan nampak macho jika bermisai... sesetengah pulak tak sesuai bermisai... pastu kalo yang biasa bermisai... tetiba cukur sume misai dah nampak macam B****t Ayam. Memang nampak muda... tapi tak sesuai.. sebab... bergantung kepada raut wajah... bukan semua orang perlu dan patut ader misai... dan bukan sume orang pulak boleh tidak bermisai.. penting kan... cam rambut gak lerr... ader yang sesuai botak.. ader yang tak sesuai botak.. kalo bagi perempuan 'Rambut itukan Mahkota mereka' dan cuba bayangkan.. kekasih atau isteri korang tu botak... haha.. mesti kelakar... camtu lah maksud aku...

Misai pun bermacam misai gak, ader yang ala - ala cukup untuk cari makan, ader yang TEBAL, ader yang di biarkan MELENTIK.. ader yang just macam BARU TUMBUH.. dan macam - macam lagi ler ikut kesesuaian. Tapi bagi sesetengah perempuan lak.. ader yang suka lelaki bermisai, ader yang tidak... alasan dorang.. geli lah... rimas lerr... nampak selekeh lah... kehkeh... no komen.. itu pendapat memasing sebab aku pun bermisai... hahaha... terasa gak weeiii...


Actually misai itu sangat penting bagi sesetengah lelaki sebagai contoh macam yang berlaku kat Makkah: Seorang tukang gunting rambut yang terlalu leka menonton perlawanan bola sepak di televisyen ketika mencukur janggut pelanggan warga Saudi berusia 50 tahun telah mencukur sebahagian daripada misai lelaki itu.

Kecuaiannya itu menyebabkan dia terpaksa membayarnya dengan harga mahal.

Kerana terlalu marah, pelanggan terbabit memaki-hamun tukang gunting berkenaan sebelum keadaan menjadi tidak terkawal apabila kedua-duanya bergaduh.

Keadaan itu akhirnya dapat dileraikan oleh orang ramai yang berada di dalam kedai berkenaan. Sebagai ganti rugi, tukang gunting itu menawarkan supaya dia menggunting misainya sendiri dan berharap perasaan pelanggannya dapat ditenteramkan.

Bagaimanapun pelanggan terbabit enggan, sebaliknya menuntut tukang gunting itu membayar ganti rugi sebanyak RM4,400. Pertikaian itu berjaya diselesaikan apabila tukang gunting terbabit bersetuju.

Tukang gunting itu juga bersetuju memberi perkhidmatan secara percuma kepada pelanggan terbabit selagi dia ditinggal di kawasan berkenaan.

Biler aku baca berita nie.. aku gelak sakan sebab benda pun pernah berlaku kat aku... si 'Tukang gunting yang sengal' yang tetiba ajer cukur misai aku tanpa kebenaran aku... alih - alih sebelah misai aku dah hilang... aku punya hangin ngan mamat tu... tapi takder ler sampai maki hamun kan... sampai skarang nie aku taknak masuk kedai dier lagi... padan muka dier...  hahaha

 

Pheonix : takder misai dah cam budak skolah lak

Budak 2 Tahun Merokok dirawat



Gempar apabila youtube memaparkan video seorang budak dari Indonesia Ardi Rizal budak yang berumur 2 tahun yang merokok 40 batang dalam masa sehari.. memang hebat.. tapi not in good way... Ketika videonya di tayangkan, ramai yang membantah kerana ibu bapa penggalak kepada kehidupan yang tidak sihat... Namun berita baik... sebab Ardi kini menerima rawatan ketagihanya.. berikut dari keratan kosmo AHAD..

JAKARTA - Seorang budak dua tahun yang menghisap 40 batang rokok sehari, Ardi Rizal (gambar) kini menerima rawatan untuk menghapuskan ketagihan merokok, kata Pengerusi Suruhanjaya Perlindungan Kanak-Kanak Indonesia, Arist Merdeka Sirait semalam.

Ardi merokok semasa dia berumur 18 bulan. Imej dia menghisap rokok telah disiarkan di stesen televisyen antarabangsa selepas media tempatan melaporkan berita mengenainya.



Menurut Arist, budak itu kini berada di bawah jagaan pihak suruhanjaya sejak lewat bulan lalu dan sedang menjalani terapi psikologi.



"Kami berusaha untuk mengurangkan jumlah rokok yang dihisapnya dari 40 kepada 20 batang sehari," katanya.



"Kami membuatkan dia sibuk dengan aktiviti seperti belajar, bermain dan mengikuti trip rekreasi. Namun, adalah sukar untuk mengurangkan ketagihan merokok. Ia mengambil masa," tambahnya. - dpa


Pheonix; Alahai Ardi.. kalo ko isap puting takder lerr orang marah...

Pemandu Teksi Durjana



Sepatutnye TEKSI boleh di jadikan sumber pendapatan jika betul dan benar jalannyer... tapi di sebabkan hanya segelintir pemandu teksi yang menyalahgunakan teksi tersebut telah mncalar imej tersebut bukan sahaja kepada pelanggan tatapi kepada industri pelancongan MALAYSIA... mana taknya... jika dah banyak kejadian jenayah seperti di bunuh, rogol, samun dan sebagainya kerap dilaporkan di akhbar - akhbar... akhirnye di sebabkan yang segelintir itu menjadikan pelanggan takut untuk menaiki teksi... abih yang benar - benar nak cari makan macam mana...

Seperti di AMPANG semalam... seorang pemandu teksi durjana yang rupa - rupanya telah melakukan jenayah rogol lebih kurang 5 kali... dah lah tu... ugut mangsa pulak dengan merakan aksi rogolnya.. nak buat koleksi kot... pastu.. masa buat jenayah dia selalu gunakan nombor plat pendaftaran teksi yang berbeza... kuang ajar ar tu.. memang dia ader intention atau niat untuk merogol.... korang bayangkanlah tu.. bukan niat nak cari nafkah untuk anak bini... masuk ajer teksi dah pasang niat nak MEROGOL..

Kepada mangsa pulak off course ler malu biler di ugut akan di sebarkan gambar dier dirogol... malu... tapi kalo korang tanyer aku... buatlah laporan.. tampil ke hadapan... buang perasaan malu itu.. sebab orang tak salahkan korang atas apa yang terjadi... jika korang berdiam diri.. makin bermaharajalela lah si penyangak durjana... masyarakat kita sekarang lebih open minded dan tidak menyalahkan atau menghina mangsa yang di rogol... jika ader gak... korang suruh ler dorang dok kat hutan.. sebab hutan untuk orang - orang yang macam tu.. paham kan..

Kepada orang - orang yang ader intention untuk melakukan sesuatu jenayah.. pikir ler bebaik... jangan gunakan otak lembap korang... kalo tak tahu nak pikir tu... pandang ajer muka mak - bapak korang.. bini korang... anak korang.. sedara mara korang kerr... kawan - kawan korang kerr... 'APA KATA MEREKA JIKA KAU DI TANGKAP?'


Pheonix; sume kenderaan awam dan macam tak slamat dah... hish..hish... abih nak naik aper?

Kucing Di Paku

Dulu - dulu arr... orang pakukan puntianak supaya puntianak bertukar jadi orang.. betul kerr... entah... nanti free aku cari.. tapi yang aku nak citer ari nie kisah seekor kucing BANDAR SIOUX, Amerika Syarikat (AS) yang di paku kepalanya... huk alo.. nasib baik masih bernyawa lagi... aper ker kejam punyer orang...

Kucing yang tertusuk paku di kepalanya itu merayau-rayau semasa ia ditemui oleh anggota-anggota sebuah agensi kawalan haiwan selepas mereka mendapat maklumat mengenainya baru-baru ini.


"Saya tidak pernah melihat situasi itu seperti ini terutamanya apabila kucing tersebut masih hidup," kata seorang anggota sebuah agensi kawalan haiwan, Cindy Rarrat.

Dia berkata, paku itu mungkin ditembak dengan pistol paku oleh seorang individu.

Namun, seorang doktor berjaya menarik keluar paku sepanjang 7.62 sentimeter itu di sebuah klinik haiwan pada Jumaat lalu.

Pemilik kucing itu sedang dicari. - Agensi


Pheonix; Kalo korang tau saper punyer keje nie.. lapurkan di balai polis berhampiran..

Lagi kes cubaan bunuh diri

Umurnyer baru 17 tahun... dan munkin di sebabkan si jejaka yang bernama Irwan atau Iwan... menyebabkan remaja ini cuba untuk membunuh diri dengan terjun dari bangunan.. berlaku di Terengganu namun remaja tersebut dapat di selamatkan oleh anggota bomba...

Kenapa pasal lelaki atau perempuan kite pulak nak bunuh diri... bukanlah pro pasal percintaan dan agama sangat tapi bagi aku kecewa dalam percintaan bukan kuasa kita nak mencabut nyawa sendiri... 'Di mana agama dik oii, Islam tu menghalalkan ker bunuh diri tu.'... kan banyak cara untuk mengatasi kekecewaan... kenapa perlu singkatkan pemikiran..

Cuba korang pikir... si lelaki / perempuan tu mungkin dah jemu atau dah tak suka dengan kita... pastu kita pulak nak bunuh diri pasal dier... nak buat aperr.. dier tengah berseronok kita pulak yang nak menderita... WHY?.. lagi satu.. umur muda lagi.. baru 17 tahun dik oiii.. jika si Irwan atau Iwan yang di puja itu sebaya atau tua sedikit... dapat ker dier bertanggungjawab dalam memberi nafkah kepada kekasihnyer... jika kerja pun tah kemana... pendapatan pun ala - ala baru nak hidup begitu... kenyang ker jika hanya berdasarkan cinta semata - mata...

Nasihat aku lerr... jika menghadapi masalah.. carilah orang yang boleh memberi tunjuk ajar atau nasihat... dapatkanlah beberapa pandangan agar dapat membuat perbandingan... dan yang paling penting.. dekatkanlah diri kepada ALLAH s.w.t.... InsyaAllah... muga - muga di beri petunjuk...



Pheonix; kesian tengok remaja masa kini yang tak dapat fikir dengan panjang

'BARANG' power


Pelik melihat gelagat segelintir lelaki yang sanggup menggadaikan nyawa dalam mencuba produk - produk ubat kuat yang tidak di ketahui akan keselamatan kepada si pengguna. Asal ader ajer penjual yang pandai ayat.. maka cairlah si lelaki yang mencari formula 'LELAKI HEBAT'. Akhirnyer bukan sahaja diri itu tidak 'hebat' malahan memudaratkan dan akbiatnye.. bakal di tinggalkan isteri kerana tidak dapat lagi memenuhi kehendak si - isteri

Harian Metro di petik;
'Tidak takut mati! Itu tindakan gila segelintir lelaki yang sanggup menggadai nyawa demi memuaskan nafsu serakah dengan mengambil ubat menambah tenaga seksual tanpa mengetahui status kandungan dan syarikat pengeluar ubat berkenaan.'

Temuramah bersama seorang kaki 'ubat tegar' telah menceritakan kepada wartawan kisah seorang rakanya yang meninggal dunia akibat sejenis ubat kuat yang di panggil 'pil sempoi.

Walaupun pelbagai cerita dan pengalaman dari orang yang pernah mencuba banyak di dengar kebelakangan ini, namun seolah - olah tidak mematahkan semangat mereka untuk 'KUAT'..

Satu kes lagi, apabila si isteri memohon penceraian apabila si suami menerima kesan sampingan dari ubat tersebut. Selain dari hanya berkesan pada peringkat awal... iaitu 'anu' tak hidup'..  si suami menghadapi masalah penyakit lain seperti darah tinggi dan masalah jantung...

Jika dah ok tak perlulah tambah power.. kalau nak juga biarlah yang di yakini dan terbukti... elok - elok boleh guna langsung usang sebelum usia..yang penting kesihatan harus di utamakan... 

Sekadar gambar hiasan

 Pheonix; errmm.. yang di kejar tak dapat.. yang di kendong berciciran..

Skuad Piala Thomas VS Media


Beberapa minggu sebelum berlangsungnyer acara yang berprestij Piala Thomas.. kerap kali cerita mengenai Skuad Piala Thomas Malaysia terpampang di dada akhbar, di internet mahupun saluran media yang lain. Dalam hati ader juga terdetik, jika dah terlalu banyak cerita mengenai mereka di paparkan, takut terjadi 'Indah Khabar dari Rupa'.. alih - alih dan mungkin secara kebetulan ianya benar - benar terjadi.. errmm.. mana taknyer... setiap jadual latihan mereka menjadi spot lensa dan setiap perasaan dan tekad meraka di rakam.. namun akhirnye lain di mulut lain pulak yang jadi..

Nah, sejak semalam kenyataan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Mohd Nadzmi Salleh selaku mewakili pemain yang turut mengheret pihak media dalam kegagalan misi tersebut. Selaku pemain dan sebuah organisasi yang professional memberi kenyataan yang sebegitu?.. entah.. mungkin di kaca mata mereka sudah berbaris alasan menyokong pendapat tersebut.

Ok cuba lihat dari sudut pihak media, wajarkah mereka di persalahkan atas kegagalan orang lain, kesusahan pihak media dalam memberitahu kepada peminat di Malaysia dalam mendapatkan sumber yang tepat.... menunjukkan sokongan dari pihak media dan dalam diam berjuang bersama - sama skuad negara... adakah peminat badminton tidak perlu tahu perkembangan jaguh - jaguh mereka...

Dari sudut pemain dan pengurus pulak aku rasa... takut kenyataan memakan diri yang mana adakah mereka mampu untuk melakukan seperti apa yang di janji. Bagi mereka media yang membuat liputan harian memberi tekanan memuncak kepada pemain sehingga mengganggu mental pemain mereka menyebabkan kegagalan beraksi baik. Namun menurut pemain lagenda dunia iaitu Jalani yang berkata entah mengapa Nadzmi boleh menerima alasan pemain itu biarpun ada juga yang mengaku gagal beraksi baik di atas gelanggang, sedangkan presiden itu sebelum ini mengesahkan pemain sudah menjalani persiapan dengan cukup sempurna.

Sebagai peminat yang mengikuti setiap perkembangan Thomas Cup 2010... selain dari kemengangan, aku percaya yang peminat semua menantikan aksi - aksi cemerlang dari skuad negara bukan aksi - aksi malu - malu, lembik atau sebagainya.. bak kata orang.. biar kalah menentang dari kalah menyerah.. apa - apapun di harapkan kekusutan kedua - dua pihak dapat di pulihkan dan bersikap secara professional dan lebih terbuka.



Pheonix; harap ader sejarah akan tercipta di masa akan datang

Dilanggar ketika menyusukan anak


Aku ingat kes - kes accident di sebabkan orang berhenti di laluan kecemasan dah reda.. alih - alih semalam ader satu kes di Kilometer 13.3 Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) arah Shah Alam selepas Subang Jaya. Tapi yang nak citer ialah berkenaan dengan hari malang kedua - dua belah pihak. Yang berlaku secara kebetulan dan kedua - dua nyer berada di tempat dan masa yang tidak sepatutnya. Siapa yang bersalah dan siapa yang tidak bukan urusan dan kuasa aku....

Ok.. berdasarkan fakta eh.. si pemandu iaitu seorang ibu yang baru balik dari kampung selepas bersalin... anak lelaki masih kecik... tak sampai dua bulan lagi... on the way balik ke rumah... suami terpaksa bekerja di luar negara.... tiba - tiba anak kecik asyik nangis... dan dah jadi sifat si ibu... kasihankan anak.. lalu berhenti di laluan kecemasan sebab nak susukan anak.... few minutes later... terasa gegaran kuat.. rupa -  rupanye kete dier dilanggar dari belakang oleh sebuah motosikal... disebabkan rempuhan kuat... si penunggang mati di tempat kejadian.

Dalam keadaan tersebut.. apa perasaan si ibu yang baru sahaja melahirkan anak on the way balik rumah tanpa di temani si suami.. keseorangan... entahler... Allah sahaja yang tahu...

Bagi pihak keluarga mangsa pulak... apa perasaan mereka apabila dapat panggilan dari polis mengatakan anak mereka terlibat dalam kemalangan dan meninggal dunia di tempat kejadian... juga tak dapat aku bayangkan....

Most of the time... aku terpikir gak... dah berapa banyak kemalangan melibatkan kawasan laluan kecemasan.... kenapa dan mengapa... sepatutnyer dah lama sebenarnyer pihak berwajib memantau dan mencari jalan penyelesaiannyer... takkan nak tunggu ader mangsa terbaru lak baru nak ambil tindakan.... itu kata kite pada pihak tertentu... tapi kata pihak tertentu lak.. mungkin arr.... kenapa meletakkan kenderaan di kawasan laluan kecemasan tanpa meletakkan sebarang tanda amaran beberapa meter dari kenderaan.. itukan peraturan yang semua harus tahu... kenapa tak ikut... errmmm...

Pheonix; berhati - hati dan selalu peka ketika di jalan raya

Digantung Sekolah

Mula - mula tu maleh nak tulis cerita nie, tapi alih - alih jari jemariku gatal nak menaip lak... so, aku teruskan gak lerr..

Ni pasal citer 6 budak sekolah kena gantung sessi persekolahan sebab sambut hari lahir (ala birthday ler) salah sorang member die lepas waktu sekolah... melakukan dua kesalahan... satu menceroboh sebuah kelas dan aktiviti tanpa izin sekolah... errmm... menarik tu... macam cikgu tu dah takder keje lain lak...

Yang menjadikan aku kaget skit nie bukan aperr.. no warning tetiba ajer gantung... tapi aku rase cikgu tu dah lama bengang dengan budak - budak tu sume kot ... yelah.. buat birthday party tak jemput.. mana boleh tahan... pastu bebudak nie pun satu.. sambut ler kat gumah kerr... kat kedai mamak kerr.. kat gumah cikgu yang korang dok kantoi tu kerr.. atau kat mana - mana lerr... tapi kan budak - budak.. biasanyer tak realize mistake... cikgu ler yang kene ngajar... takkan tetiba jatuh hukum kot...

Ader cikgu yang tegas tak kene tempat... ada yang baik.. baikler sangat pulak sampai tak peduli apa yang berlaku... sampai pelajar pijak kepala... mana taknyer... pelajar di rogol dalam kelas... pelajar merokok di tandas sekolah.. pelajar bergaduh dalam kawasan sekolah... buli di sekolah.. peras ugut di sekolah... bla..bla..bla... cikgu nyer mana.. yelah.. takkan cikgu nak jaga sekolah 24 jam lak... cikgu pun ader tanggungjawab lain gak kan...

Si pelajar lak... kalo tak tegas naik tocang lak.. ingat peranan pelajar ialah belajar... demi masa depan... abih camner nak belajar.. cikgu garang sangat... ye tak ye gak lerr... ader jer yang cikgu tak suka... ader jer hukuman... yelah.. korang pun tak kurang sengal gak.. dah tahu kene belajar kat sekolah.. apa yang korang buat... lu pikir lerr sendiri...

Benda - benda camni patutnyer dua - dua pihak kene mainkan peranan memasing... jangan dok tunding jari sini jari sana sinun.. Macam mana cikgu nak mengajar kalo pelajar tak berminat nak belajar...dan macam mana nak belajar kalo cikgu 'cengih' sangat.. ader pro and con lerr.. kene cari  alternatif alaf baru sistem pengajaran untuk zaman sekarang... mungkin cara dulu harus di kaji semula..



Pheonix; dulu pelajar hormat cikgu

Pandai Makan Pandai Simpan

Pelik sungguh sebab setahu aku ler, kalau ader ajer budak office aku yang pregnant takpun yang keje ngan sama company mesti ramai yang perasan... mungkin sebab perubahan fizikal tubuh si ibu itu atau tingkah lakunyer... dan yang membuatkan aku tertanyer - tanyer, kebelakangan nie banyak kes budak sekolah melahirkan anak maksud aku yang masih bersekolah atau yang baru tamat era persekolah yang tak sampai setahun pun.

Peliknyer masa pregnancy, tak ader orang yang tahu atau perasan kerr... mungkin ler ader orang bagi reason, sebab baju yang dorang pakai tu besar, so, kalau pregnant pun tak perasan.... lagi satu reason.. ader jenis orang yang pregnant macam tak pregnant.. errmm.. dan mungkin ader yang tahu.. tapi buat - buat tak tahu...

Korang cuba tengok macam sample kes kat bawah nie;

Kes Pertama;
'Mak lapurkan kepada polis selepas anak balik dalam keadaan berdarah'

Kes Kedua;
'Cikgu bawak anak murid ke klinik yang di sangkakan hanya sakit perut biasa'

Kes Ketiga;
'Misteri tangisan bayi di tandas. Peserta PLKN melahirkan anak'

Wow... dasyat... dah sampai tahap melahirkan anak baru yang orang di sekeliling mengetahui... dalam tahun nie ajer... semakin menjadi - jadi lak kes - kes kelahiran anak luar nikah ni berlaku... entahlah aper nak jadi zaman sekarang.... seharusnyer masyakat terutamanyer ibu bapa, cikgu dan rakan lebih peka dan tidak ambil sambil lewa... sebab bagi aku, kebanyakan kes kelahiran yang tidak halal membawa kepada pembunuhan satu nyawa yang tidak berdosa...

Sekadar gambar hiasan

Pheonix; kepada remaja harus lebih memikirkan mana yang lebih penting terlebih dahulu di antara masa depan dan keseronokan..

Gula VS Sijil Nikah


"Pakcik.. beli gula sekilo"

"Boleh... Sijil Nikah ader"

Camtu skali kalo nak beli gula di Terengganu, bayangkanlah... ari ni mungkin ler dier tanyer sijil nikah... esok lusa...  tah aper sijil lak dier mintak... bukan nak menginap kat hotel pun.. sampai nak sijil nikah... kalo hotel tu wajib ler di tanyer... sebab nak tahu mohrim ker tidak kan... ini nak beli gula ajerr... gula...

So, makna nyer yang belum kahwin atau orang bujang tak boleh beli gula ler ehh... sampai camtu skali kekurangan gula kat Malaysia nie... tapi bagi aku.. kalo nak kawal pun agak - agak lerr... sijil nikah... album perkahwinan taknak skali kerr... tak paham betul lerr...

Sejauh mana Malaysia kekurangan gula... dalam awal tahun nie.. kuantiti gula mencukupi tetapi tiba - tiba tak cukup.. adakah ini tektik manaikkan harga gula.. itu aku tak tahu.. seharusnyer ader pihak yang bertanggungjawab yang boleh memberi penjelasan terhadap kekurangan barang - barang terkawal tersebut.


Pheonix; ambik kesempatan kurangkan gula dalam apa jua makanan..

Thomas Cup - Harapan Lebur


Walau apa - pun yang terjadi..aku nak ucapkan tahniah kepada skuad Piala Thomas.. walaupun impian tidak menjadi kenyataan..tetapi semangat yang di tunjukkan harus di beri sokongan dan ucapan terima kasih...rata - rata keputusan hari ini lebih memihak kepada keanggkuhan dan keampuhan Tembok China yang nyata belum dapat di robohkan... kepada penyokong.. tahniah jugak.. sebab berterusan menyokong skuad yang di pilih...walaupun dapat mengagak.. 

Pada pandangan peribadi aku... skuad piala Thomas seakan - akan kalah dalam perang psycology dari peringkat awal lagi ... buktinyerr... apabila dengan mudah China menghentam kita... sebab pemain seolah - olah gentar dari peringkat awalan yang aku rasalah... dalam pemikiran memasing sudah mencongak ... China bagus lah... China hebat lah dan macam - macam lagi... seterusnyer mengundang pelbagai masalah dan kesilapan di dalam gelanggang...

Tetapi... skuad harus di puji... walaupun menjangkakan berdepan dengan pasukan hebat... masih tetap berjuang... dan mungkin faktor dendam dan keyakinan skuad China yang lebih tinggi menjadikan mereka terus - terusan mengasak....

Harapan selaku peminat dan penyokong... jangan biarkan ketandusan terus - terusan... lakukan sesuatu...

Pheonix; kempunan lagi tahun nie...

Thomas Cup - Malaysia vs Denmark

Dug..Dag...Dug..Dag...sungguh mendebarkan...dan ketika mengikuti setiap permainan pertemuan diantara Malaysia dan Denmark....begitu ramai lah pulak pengulas sukan yang bertugas... itu lah... ini lah.. apalah... itu pun tak boleh.. arggg... hummm... dan bermacam - macam lagi... lawak pun ader...itu semangat penyokong di luar stadium ehh..

Apa yang aku nak bagitahu kat sini ialah perbezaan di antara games semalam dan juga ketika menentang Japan. Perubahan tersebut bagi aku bukan sahaja dari pemain tetapi kepada penyokong juga... bila mana kedua - dua pihak memainkan peranan seperti yang di harapkan. Perubahan ketara di antara single kedua dan beregu kedua serta single ketiga Malaysia, apabila mereka bermain dengan begitu semangat dan bersungguh - sungguh tidak seperti yang berlaku ketika bertemu Japan... Bagi aku kalah menang itu adat permainan TETAPI jika pemain tidak menunjukkan semangat untuk bermain dan tiada rasa untuk melawan.....merupakan satu yang tidak dapat diterima oleh penyokong.

Dari segi penyokong pulak lebih bersikap matang..walaupun ketika single ke dua beraksi... mereka terus - terusan menyokong... tidak seperti yang sebelumnyer... ketika pasukan lawan leading... penyokong mula tunjukkan aksi hambar dan mula meninggalkan tempat memasing... alasan... boring....namun... malam semalam...begitu berbeza... penyokong tetap memberi sokongan yang jitu... itulah sebenarnyer yang harus di tonjolkan kedua - dua pihak..... 
Walau - apa pun.... Tahniah kepada Thomas Cup Skuad...kerana berjaya melangkah ke perlawanan Separuh Akhir yang di jadualkan bertemu dengan China... so.... teruskanlah menyokong... dah kepada pemain... tunjukkan lah pada mereka siapa jaguh...


Pheonix; teruskan peranan memasing...moga sejarah bakal tercipta sekali lagi..

Thomas Cup - Malaysia vs Japan

Masa mengikuti perlawanan secara langsung Thomas Cup aksi pertama kali Malaysia yang bertemu Japan bagi menentukan Juara Kumpulan. Bagi aku, apa yang di tunjukkan dalam aksi semalam tidak seperti yang di harapkan oleh kesemua penyokong dan yang pastinyer rakyat Malaysia itu sendiri. Namun, tekanan yang di berikan oleh kita sendiri menyumbang kepada kekalahan tersebut. Tetapi bukan semua lah kan.... sebabnyer selaku tuan rumah kali ini kita mengharapkan Piala Thomas kembali di rampas setelah kian lama mengidamkannyer.

Apabila menonton bersama - sama peminat Thomas Cup yang lain, kita dapat lihat kekecewaan yang di tunjukkan apabila pemain kita seolah - olah bermain seperti syok sendiri. On paper, ranking ke 17 dunia melawan ranking ke 40, ranking ke 20 melawan ranking ke 27 dunia beregu dan ranking ke 20 melawan ranking ke 214 perseorangan dunia menunjukkan kita tidak mampu untuk menang...mengapa...

Bagi aku, tekanan dalaman itu sendiri...cuba lihat aksi Japan... di sebabkan tiada tekanan besar yang di pikul... mereka hanya berhasrat untuk memperbaiki mutu permainan dan raking peribadi sahaja berbanding pemain kita sendiri yang nampak tertekan lalu mengundang pelbagai kesalahan diri sendiri semasa permainan. Namun apa - apa pun... harap pemain kita dapat menunjukkan aksi yang paling unggul bagi perlawanan peringkat suku akhir.
Tindakan penyokong yang terlalu kecewa semasa perlawanan langsung juga lebih menekan pemain kita sendiri... sepatutnyer kelta lebih bersikap professional jika mahu menyokong... bukan nak menyalahkan...tetapi tindakan 'boo'' dan menunjukkan isyarat yang tidak elok kepada pemain sendiri tidak harus terjadi.... errmmm... tapi kalo aku... kedua - dua pihak harus bersikap professional...iaitu sebagai pemain... bermainlah bersungguh - sungguh dan sebagai penyokong..sokonglah dengan ikhlas...

Walau - apa pun... cuba kita letak diri kita di kedua - dua pihak...mesti ada reason yang tersendiri.... sebagai peminat dan penyokong.... mengharapkan agar pemain kita lebih menunjukkan sikap yang lebih matang dan bersemangat bukan bermain dalam dunia sendiri... doakan kejayaan kalian semua... apa - apa pun... kepada Skuad Piala Thomas Malaysia kali... andalah yang terbaik...kerana anda telah di pilih...jalankanlah tanggungjawab dengan penuh  semangat.... dan kepada penyokong...teruskan menyokong..

 
Pheonix; tunggu peringkat seterusnyerr..

Badan Kucing, Rupa Monyet

Skarang, bukan manusia ajer pandai kawin campur.... kucing pun pandai gak ehh.. buktinyerr... cam kat bawah nie (so sorry...no photo attached.)

PASIR GUDANG: Seorang guru di Bandar Seri Alam di sini, percaya menemui haiwan pelik yang mempunyai rupa seakan monyet, tetapi badan seperti seekor kucing dengan panjang keseluruhan kira-kira 30 sentimeter, di Sekolah Kebangsaan Seri Alam 2, pagi semalam. Haiwan berkenaan mempunyai ekor yang agak panjang namun jari kaki dan tangannya seperti jari monyet, mempunyai bulu panjang menutupi sebahagian besar telinga dan mengeluarkan bunyi pelik sekiranya diganggu.

Abdul Halim Abdul Ghani, 35, berkata haiwan berkenaan ditemui bersama pengusaha kantin sekolah sebaik mendengar anjing menyalak di belakang kawasan kantin.

Menurutnya, dia bersama pengusaha kantin bergegas ke lokasi sebelum menemui seekor ‘monyet’ yang cedera kaki kanan dipercayai akibat gigitan sekumpulan anjing.

“Saya terus menangkap haiwan berkenaan dan memasukkannya ke dalam sangkar kerana kasihankannya yang cedera ketika itu.


“Malah, saya sendiri merawat haiwan itu serta memeliharanya buat sementara waktu dan bercadang menghantar haiwan ini ke pihak bertanggungjawab dalam tempoh terdekat.

“Saya tidak mahu memelihara haiwan ini kerana pasti ia haiwan larangan,” katanya.

Menurutnya, haiwan itu jinak dan gemar memakan epal, anggur dan mentimun namun enggan memakan pisang seperti monyet biasa.

“Saya pernah memberinya pisang, tetapi ia tidak mahu makan. Bimbang ia mati kelaparan, saya kemudiannya memberikan epal, anggur dan mentimun sebelum ia menghabiskannya.

“Keadaan itu meyakinkan saya ia bukannya monyet, sebaliknya haiwan yang tidak pernah ditemui sebelum ini,” katanya.

Menurutnya, keluarganya ingin membela haiwan berkenaan namun dia khuatir ia menyalahi undang-undang dan boleh dikenakan tindakan.

Pheonix; Apa kata kite panggil KUNYET (kucing kacuk monyet)