Showing posts with label Artis. Show all posts
Showing posts with label Artis. Show all posts

Johnny Depp

Sajer jer nak puji Johnny Depp, pelakon yang begitu talented kerana setiap filem - filem nyer, dier memegang watak dan peranan yang begitu berbeza dari segi role dan karekter... Mana taknyer dari A Nightmare on Elm Street hingga kepada Ranggo (terbarukeluaran 2011) boleh katakan mendapat sambutan dan Jonnhy Deep sendiri telah berjaya membawa watak - watak yang di beri dengan cemerlang sekali..

Taknak citer panjang... beberapa keping gambar sebagai tontonan..




Alahai Noh Hujan


Ketika satu acara meraikan pelajar - pelajar di sebuah Universiti, apabila peminat - peminat kumpulan indie Malaysia iaitu Hujan melahirkan rasa kecewa dan bengang dengan penyanyinya iaitu Noh atau Mohammad Noh Salleh, 25, pada hari kejadian 29 April lalu yang bersikap biadap dan tidak sopan.

Ketika membaca berita tersebut, agak kelakar juga apabila menurut 'mangsa' di tempat kejadian memberitahu yang Noh mengatakan ‘girls kat sini tak cantik, tak cun!’... ermm.. perlukah setiap peminat seseorang artis itu semestinyer cantik - cantik dan handsome sahaja... di sebabkan terasa terhina peminat tersebut juga memberitahu wartawan yang Noh pun bukan Handsome sangat tetapi di sebabkan mereka lebih meminati seni dari artis tersebut... errmm.. jawab...

Tapi yang paling mereka bengang ialah apabila Noh menulis 'Awak Busuk' sebagai ganti autograf.. naper ehh... selain itu juga ader beberapa perkara yang di lakukan oleh Noh membuatkan peminatnyer rasa benar - benar terkilan dan mereka mahu Noh minta maaf...

Sebagai artis yang di katakan sebagai ikon... perlu ingat tanpa peminat.. siapalah mereka.. justeru.. seteruk mana keadaan kita ketika itu.. harus tahu mengawal perasaan agar jangan terlalu obvious di mata peminat.. jangan di sebabkan baru popular skit dah mula tunjuk 'harga'... Jika nak ditanye kepada semua wanita - wanita cantik di Malaysia ini... semuanyer minat ker dengan Noh... macam yang orang cakap... Jangan Dangkal makan diri....

Kepada peminat ingat.. artis juga manusia biasa yang tidak lepas dari membuat kesalahan... beri ruang untuk memperbetulkan apa yang salah...


Pheonix; biasalah.. masa susah harap peminat sokong.. biler dah berjaya.. ?

Akademi Fantasia Musim Ke - 8 - Final Edition


Malam tadi baru ajer berlangsung konsert akhir Akademi Fantasia Musim yang Ke - 8 yang mana menyaksikan kemenangan berpihak kepada Shahir... Tahniah di ucapkan... tapi yang aku dengar pendapat orang semasa sama - sama menyaksikan acara final tersebut... di katakan Shahir tidak layak... betul kerr?

Aku tanya kenapa kau cakap camtu tu....

Mana taknyer... orang yang terkeluar di bawak masuk semula... dan dengar citer jugak... pengetua AF8 juga mengeluarkan statment... yang Shahir satu bakat baru yang mempunyai package.. mempunyai suara jantan dan berwajah handsome..

Ok... itu ajer... Mawi pun macam tu jugak dulu kan...

Ialah... tapi.. sebelum pertandingan Final.. pengetua tersebut juga dah seolah - olah memberi kata putus yang Shahir bakal menjadi juara...

Aku tak nak campur ler... sebab korang semua peminat setia.. tapi bagi aku.. kalo orang yang korang tak sokong menang.. memacam ler korang kate.. biasalah resam dunia hiburan...

Tapi kalo di pikir - pikir balik kan... logik juga... bagaimana sistem undian semula boleh wujud... sebab kalo dah tersingkir... tersingkir ler jugak... ini tak.. ader undi masuk semula pula.. seolah - olah... penganjur pertandingan atau pihak tertentu tidak bersetuju dengan undian dari penonton... tapi la kan.. kalo tidak bersetuju dengan undian penonton... kenapa teruskan... adakah ini merupakan salah satu dari strategi perniagaan?

Entah lah... bagi aku.. semua ini entertainment... kalo tidak suka.. tak payah tengok... kalau benci.. angkat kaki... haha

Apa - apapun.. TAHNIAH kepada Shahir...


Pheonix; no komen..

Amy and Awie

Ok, kalo sebelum nie korang dengar pasal Ziana Zain (double Z) so, kali aku nak bawak korang kepada Mr. Double A (Amy and Awie). KAlo korang tanyer akukan, bukan nama sahaja yang double A, tetapi mutu vokal, rock show dan bermacam - macam kategori lagi aku kelaskan sebagai Double A untuk kedua - dua artis nie. Memang superb dan sehingga sekarang pun tiada mana - mana artis yang dapat menandingi kehebatan kedua - duanyer..

Was borned dalam dua gergasi rock yang paling di geruni dan di hormati iaitu Search dan Wings yang memang betul - betul rock...bukan stock rock lembik macam kebanyakkannyer lahkan.....mempunyai vokal yang unik, dan masing - masing mempunyai identiti dan peminat mereka yang tersendiri... walaupun begitu, kebanyakkan peminat Search secara otomatiknyer akan minat Wings dan begitulah sebaliknyerr... bagus tak.... korang boleh tengok...apabila konsert meraka di gabungkan.... memang luar biasa sambutannyerr....

Kalo aku nak citer pasal lagu dorang, macam ler korang tak tahu... hanya satu kesimpulan yang aku boleh buat di ruangan yang terhad nie... korang beli korang tak rugi....hahaha... camtu sekali. Dorang nie bagi aku, memang ader power, memang unggul, memang satu anugerah... sebab sejak kemunculan dorang dari era 80-an hingga sekarang... masih belum ader pengganti tempat untuk mereka... bak kata orang tu... dorang berdua nie di dalam kelas yang tersendiri...bravo...bravo...


Pheonix; bukan aper, rock skarang dah macam kategori balada jerr...

Ziana Zain

Ok, sebelum aku citerkan pasal seorang penyanyi yang paling aku solute. Saper lagi kalo tak Ziana Zain, penyanyi yang pernah mendapat jolokan Jennifer Lopez Malaysia....Naper erkk... tengok kening ler beb....hehe.. no lah..actually sebab muka dier seiras muka Jennifer Lopez. Ehh....luper lak.... Happy Belated Birthday Ziana Zain yang di sambut dengan penuh kejutan. Di malam sessi pengenalan MENTOR di TV3 pada 2 May 2010 juga merupakan tarikh lahir Zaina Zain.

Since dari mula lagi aku suka dengan penyanyi nie, sebabnyer dari madah berhelah lagi Ziana menunjukkan peningkatan dari segi vokal dan persembahan. Kehebatan one man show korang tak yah ler nak tanyer, sebab Ziana biasanya buat show seorang diri ajer.... tak perlu prop atau pun pelakon tambahan..penari kerr... memang power... vokal memang klass..Dan dari dulu Ziana merupakan seorang artis yang tak banyak kita dengar gosip pasalnyer..displin bagus....pakaian pun tak ler tercucuk mata....clean gak lerr...keep up your good job...

Masa mula - mula aku tengok Ziana buat show untuk first time, dengan lagu madah berhelah Ziana memang serik nak tarik high pitch, tapi lama - lama expert tu...sekarang nie selamba ajerr die dengan lagu high key nie.. ader berani, sekali angkat kening jerr... pitching tak lari... apa - apa pun  vokal Ziana memang powersssss....masa interview dengan wartawan, Ziana ader idamkan due perkara iaitu sebuah banglo besar dengan konsert Mega... so, aku doakan semuga Ziana berjaya mencapai cita - citanye...

Ok sedikit gambar Ziana Zain dan cuba korang bandingkan dengan Jennifer Lopez... sama tak..


Pheonix; waiting for your mega concert

Achik Spin Kemalangan Maut


Terperanjat Pheonix biler baca metro online... Penyanyi Achik Spin meninggal dunia.... Al-Fatihah... moga rohnya di tempatkan di kalangan orang - orang yang beriman...
Gambar (ACHIK bersama sahabat baiknya, Nana)
SEREMBAN – Penyanyi Abdillah Murad Md. Shari, 27, atau Achik Spin yang popular dengan lagu Janji Kita, maut selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 14.7, Lebuh Raya Kajang-Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) dekat sini lewat petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 6.15 petang itu, kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima yang dinaiki Achik dikatakan terbabas ketika dia bersama seorang rakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Green Street Homes, Seremban 2 di sini.
Akibat kemalangan itu, Achik dikatakan tercampak keluar dari kenderaan sejauh kira-kira lima meter sebelum MPV itu terbakar dan meletup.
Kemalangan itu juga menyebabkan Achik cedera parah di kepala dan beberapa bahagian anggota badan sebelum meninggal dunia di tempat kejadian.
Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Abd. Halil Hamzah berkata, semasa kemalangan, mangsa menaiki kenderaan tersebut bersama seorang rakan dikenali sebagai Mohd. Salihin Shah Mohd. Salleh, 29.

Perginya Permata Berharga - Din Beramboi

AL-FATIHAH buat DIN BERAMBOI

Sekitar pukul 12.35 malam semalam, pelawak terkenal tanah air, Din Beramboi atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 44, menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Selayang. Kematian Allahyarham disahkan oleh Pengurus Saluran Astro Prima, Nizam Sani. Jenazah beliau telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Ehsan, Kepong jam 11 pagi tadi.

Allahyarham sebelum ini dimasukkan ke Wad Rawatan Rapi (ICU) kerana menghidap Dengue Shock Syndrome sudah berada dalam keadaan kritikal sejak petang semalam. Penyakit ini akan menyebabkan pengaliran darah dalam badan terjejas akibat jangkitan virus Denggi. Untuk jangkitan Denggi, tiada ubat yang boleh digunakan untuk melawan virus itu dan prognosis banyak bergantung kepada keadaan pesakit. Menurut adik kepada Din Beramboi, Rozana, 39, virus demam denggi berdarah yang dialami Allahyarham telah merebak ke hati dan buah pinggang, menyebabkan kedua-dua organ itu tidak boleh berfungsi.

Pemergian Allahyarham Din Beramboi pasti dirasai oleh peminat-peminat yang sentiasa tidak kering gusi melihat telatah lucu Allahyarham. Gelanggang Raja Lawak 4 juga yang terakhir dalam karier seni Allahyarham. Selepas ini, tiada lagi kedengaran suara Allahyarham berkumandang di radio ERA untuk segmen Aznil Riuhkan Pagi ERA bersama Din Beramboi. Saya pasti ramai yang akan merindui program Drama Sebabak dan Sawancara kendalian beliau. Sebelum ini, Allahyarham ada menunjukkan tanda-tanda yang beliau akan meninggalkan kita semua, di bawah ini kata-kata Allahyarham di Twitter milik beliau.


Tapi lumrah hidup di dunia, yang hidup pasti akan mati. Dari Allah kita datang, kepadaNya kita kembali. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah untuk Allahyarham Din Beramboi, semoga roh beliau dicucuri rahmat. Al-Fatihah.