MIXED


Ari nie aku nak tanyer korang,

Nak minum air apa? 
Nak buah apa? 
Nak sayur apa? 
Nak bunga apa?

Bukan aku nak blanja, NOT YET? someday maybe. 

Setiap hari bukak ajer surat khabar pelbagai berita di sajikan.. apa yang tak de... Kes bunuh, kes buang anak, tangkap khlawat, rogol, gay dan lesbian, buang mak / ayah, masalah keluarga, kemalangan, colik dan bermacam - macam lagi.... macam gambar kat atas... MIXED... 
Makin di beritahu akibat - akibat perbuatan tersebut, makin menjadi - jadi lak kes - kes yang sama berulang cuma mangsa, si penjenayah, modus operandis ajer yang mungkin berbeza lerr...errmm... Malaysia dan moden... membangun dengan pesat... maka jenayah pun pesat gak ehh...nak bangga ker nak sedih ker nak meluat ker... entah... i dun know lerrr.... tapi kalo takder citer - citer camni tak seronok gak kan... 


Dalam berita ari nie ehh (nama akhbar di rahsiakan...hehehe);

  • Emak bapak bergolok bergadai cari anak yang lari ikut PENGKID
  • Anak buang bapak sendiri
  • Cuba melarikan diri ketika di tangkap khalwat
  • Gadis OKU di langgar di tempat lain dan 'dibuang' di tempat lain dalam   separuh bogel
  • Di tahan jual 'kuih ganja'
  • Isu Halal
Dan macam - macam lagi lerr... tapi kalo tak di siarkan ramai yang tak tahu pulak kan... tapi kalo hampir setiap hari benda yang sama... itu dah macam perkara biasa... weellll... biasalah zaman sekarang yang serba moden.... 

Tapi bagi aku ler kan, kalo 'penyakit - penyakit' nie tidak di rawat... lebih tinggi tahap kesukaran dan tahap untuk menyembuhkannya. Macam barah, kalo tak di cegah atau dirawat dari peringkat awal lagi, maka bila dah sampai high stage.... susah bro...

Puteri Saadong

   Cik Siti Wan Kembang

Asal Usul

Puteri Saadong or Mariam (1663–1667), was the adopted daughter of Siti Wan Kembang (Che Siti), the legendary Queen of Kelantan. Her full title is Tuan Puteri Saadong binti Raja Loyor, Puteri Vijaya Mala, Raja of Jembal, daughter of Raja Loyor bin Raja Sakti, Raja of Jembal.

Puteri Saadong was brought up in Bukit Marak by Che Siti, after her mother died. She succeeded her father as Raja of Jembal in 1663, and was later installed as Raja of Kelantan in 1667.

Che Siti gave Puteri Saadong's hand in marriage to her cousin, Raja Abdullah bin al-Marhum Sultan Samiruddin, Raja of Kelantan-Selatan (Jembal) when the princess was only 15 years old.

She was captured by the Siamese and forced to become a concubine of King Narai of Siam (now Thailand) in order to spare her husband's life. Raja Abdullah vowed to wait for her return and never to remarry. However, after several years Raja Abdullah gave up and remarried.

When Puteri Saadong returned to Bukit Marak to find Raja Abdullah remarried, a quarrel ensured. It was believed that Puteri Saadong, overwhelmed with rage, killed Raja Abdullah with her hair pin.

After the incident, Puteri Saadong left Bukit Marak and subsequently disappeared. Raja Abdullah's tomb can still be seen at Padang Halban, Melor in the district of Bachok, Kelantan.
Apa yang Menarik?
Actually yang menarik minat aku nak citer ngan korang apabila sebuah majlis permasyuran Raja Putri Anis sebagai simbolik berakhirnya sumpahan 420 Puteri Saadong.

Selain itu jugak, ader yang mendakwa pewaris dengan Gelaran Sri Ratu Saadong bukan milik Raja Putri Anis yang mendakwa, pewaris tersebut suka berkhayal. Begitu juga dengan susur galur yang tiada kene mengene dengan pertalian diraja sengan sultan atau raja Indonesia. Menurutnye lagi, Putri Anis gemar kepada benda - benda yang berkaitan mistik.

Dalam cerita lain lak;

Pertubuhan Kerabat Raja Jembal Kelantan (PKRJ) mengakui rupa paras Raja Tengku Putri Anis Raja Sazali, 24, seiras dengan kerabat Raja Jembal bagaimanapun dakwaan bahawa beliau adalah waris keturunan ketujuh Puteri Saadong tidak diiktiraf.

Yang Dipertua PKRJ, Nik Yusuf Nik Muhamad berkata, PKRJ turut terkilan kerana Raja Tengku Putri Anis membuat pengakuan tersebut tanpa merujuk terlebih dahulu kepada pertubuhan itu.
Sehubungan itu, beliau berharap agar Raja Tengku Putri Anis dapat berjumpa dengan pertubuhan berkenaan yang mempunyai lebih 2,000 ahli untuk mengkaji salasilah dan kebenaran dakwaannya itu. 

Apa lak sumpah Puteri Saadong nie;
"Kutinggalkan rakyat, kutinggalkan negeri, kutinggalkan harta, kutinggalkan segala. Merajuk diriku sehelai sepinggang, lalu berlabuh di tempat asalku, di mana bumi ku pijak, di situ langit kujunjung, aku bersumpah tak lagi ku injak negeri Kelantan sehingga cukup tujuh keturunan."
Pheonix; Menarik gak..

Derma Darah dari Prespektif Islam


Bersempene dengan Kempen Derma Darah bukan DARA ehh... yang bermula dari 7 hingga 12 June 2010 minggu ini, meh aku bawak kalian sume kepada sedikit info iaitu Derma Darah dari Prespektif Islam...
Syeikh Ismatullah Inayatullah telah berkata:

“Tidak ada beza diantara darah kafir dan darah orang islam pada asal pensyariatan untuk menggunakannya dan pengharusan memindahkannya ketika perlu. Sesungguhnya seperti mana diharuskan berkahwin dengan ahli kitab dan membentuk anak2 hasil dari perkahwinan itu dengan percampuran darah, maka pengharusan pemindahan darah diantara muslim dan kafir lebih patut diharuskan. Darah yang dipindahkan hanya bantuan bukanlah membentuk tubuh yang asal.”


Syarat-syarat pemindahan darah dari segi syara’ adalah seperti berikut:


1. Bagi penderma: Baligh, berakal dan tidak dipaksa. Begitu juga tidak mendapat apa-apa kemudaratan dengan sebab menderma darah.


2. Bagi penerima: Hendaklah pesakit itu memerlukan darah di peringkat darurat atau hajiat (memerlukan). Tidak ada benda lain yang mampu mengganti tempatnya. Hendaklah dengan izin penerima melainkan pada keadaan darurat yang tidak memerlukan keizinan penerima. Dalam keadaan darurat juga tidak perlu diambil kira bangkangan dari penjaga budak kecil atau orang gila yang mana pihak perubatan telah menyatakan wajib dilakukan pemindahan darah demi untuk menyelamatkan nyawanya.


3. Pemindahan darah adalah bersifat tabarru’ (sedekah atau hadiah) tanpa melibatkan pertukaran harta kerana haram menjualnya. Diharuskan menggalakkannya dengan diberi pingat.
Fatwa Akademi Fekah bagi Ikatan Dunia Islam telah menyatakan:
"Adapun majlis ini berpendapat haram hukumnya mengambil bayaran dari pemindahan darah atau dengan erti jual beli darah . Ini adalah kerana darah adalah perkara yang diharamkan untuk dimakan yang dinaskan dalam Quran bersama bangkai dan babi. Perkara yang haram dimakan , haram jual beli dan mengambil bayaran. Telah datang hadis yg sahih:
  
إن الله تعالى إذا حرم شيئا حرم ثمنه
Maksudnya: "Sesungguhnya Allah swt apabila mengharamkan sesuatu, akan mengharamkan harga bayarannya."


Para ulama kontemperori telah bersepakat pada pengharusan pemindahan darah sehinggalah ulama yang mengharamkan pemindahan anggota juga mengharuskan pemindahan darah.
Syeyd Abul A’la al-Maududi ulama yang mengharamkan pemindahan anggota telah berkata:


“Harus disisiku memindahkan darah kepada pesakit untuk menyelamatkan nyawanya. Tidak ada sebab untuk mengharamkannya dan menegahnya.”
Rujukan: al-Maqif al-Feqhi wal Akhlaqi min Qadiah Zariel A'do2 oleh Dr Muhammad Ali Al-Bar dan al-Mausu'ah at-Tibbiah al-Feqhiah oleh Dr Ahmad Kan'an.

Moulin Rouge


Sebuah filem muzikal romantik yang mengisahkan betapa kuatnyer dan utuhnya 'CINTA'. Kisah bagaimana seorang pemuda yang mempunyai bakat sebagai penulis dan jatuh cinta kepada gadis theater ketika berhijrah di kota keriangan... haha... riang... Off course bile sebut gadis, merupakan seorang yang cantik dan menjadi idaman setiap lelaki (dengan aku - aku skali syok..kahkah). Dalam filem nie, tak banyak panorama lain yang korang dapat tengok selain di pentas, belakang pentas dan tempat tinggal si jejaka... filem yang berputar - putar di sekitar situ ajer....

Tapi apa yang di tekankan di dalam filem ini ialah kekuatan CINTA yang mana walaupun menghadapi di lema apabila masa yang sama si jantan yang kaya raya juga syok kat si gadis pentas sehingga sanggup untuk upah orang untuk membunuh di jejaka yang terdahulu bertahta di gadis tersebut... walaneiii... cinta tiga segi nih... dan di sebabkan gadis nie takut akan ugutan tersebut, die terpaksa memperdayakan lelaki tersebut namun apakan daya 'CINTAKU LEBIH KUAT'...

Nak masukkan plot yang sangat sedih sedan... dalam pada masa yang sama, gadis itu menghidapi sejenis penyakit dan semasa show kemuncak, si gadis ni menghembuskan nafasnyer yang terakhir... malang skali sebab dua - dua tak dapat... akhirnya tinggallah si jejaka menyambung usaha sebagai penulis di dalam kegelapan dan kedukaan..

Nyanyi lagu nyanyi lagu.. joget... dah nama filem muzikal... nak buat aper lagi... takkan nak buat kuih kot... apa - apapun.. si gadis itu Nicole Kidman dan si jejaka itu Ewan McGregor... aku bagi 3 bintang setengah... ok lerr... kalo nak tonton...

Pheonix; nicole cantik giler dalam filem nie..hehe

Abang Misai


Sesetengah lelaki segak bergaya dan nampak macho jika bermisai... sesetengah pulak tak sesuai bermisai... pastu kalo yang biasa bermisai... tetiba cukur sume misai dah nampak macam B****t Ayam. Memang nampak muda... tapi tak sesuai.. sebab... bergantung kepada raut wajah... bukan semua orang perlu dan patut ader misai... dan bukan sume orang pulak boleh tidak bermisai.. penting kan... cam rambut gak lerr... ader yang sesuai botak.. ader yang tak sesuai botak.. kalo bagi perempuan 'Rambut itukan Mahkota mereka' dan cuba bayangkan.. kekasih atau isteri korang tu botak... haha.. mesti kelakar... camtu lah maksud aku...

Misai pun bermacam misai gak, ader yang ala - ala cukup untuk cari makan, ader yang TEBAL, ader yang di biarkan MELENTIK.. ader yang just macam BARU TUMBUH.. dan macam - macam lagi ler ikut kesesuaian. Tapi bagi sesetengah perempuan lak.. ader yang suka lelaki bermisai, ader yang tidak... alasan dorang.. geli lah... rimas lerr... nampak selekeh lah... kehkeh... no komen.. itu pendapat memasing sebab aku pun bermisai... hahaha... terasa gak weeiii...


Actually misai itu sangat penting bagi sesetengah lelaki sebagai contoh macam yang berlaku kat Makkah: Seorang tukang gunting rambut yang terlalu leka menonton perlawanan bola sepak di televisyen ketika mencukur janggut pelanggan warga Saudi berusia 50 tahun telah mencukur sebahagian daripada misai lelaki itu.

Kecuaiannya itu menyebabkan dia terpaksa membayarnya dengan harga mahal.

Kerana terlalu marah, pelanggan terbabit memaki-hamun tukang gunting berkenaan sebelum keadaan menjadi tidak terkawal apabila kedua-duanya bergaduh.

Keadaan itu akhirnya dapat dileraikan oleh orang ramai yang berada di dalam kedai berkenaan. Sebagai ganti rugi, tukang gunting itu menawarkan supaya dia menggunting misainya sendiri dan berharap perasaan pelanggannya dapat ditenteramkan.

Bagaimanapun pelanggan terbabit enggan, sebaliknya menuntut tukang gunting itu membayar ganti rugi sebanyak RM4,400. Pertikaian itu berjaya diselesaikan apabila tukang gunting terbabit bersetuju.

Tukang gunting itu juga bersetuju memberi perkhidmatan secara percuma kepada pelanggan terbabit selagi dia ditinggal di kawasan berkenaan.

Biler aku baca berita nie.. aku gelak sakan sebab benda pun pernah berlaku kat aku... si 'Tukang gunting yang sengal' yang tetiba ajer cukur misai aku tanpa kebenaran aku... alih - alih sebelah misai aku dah hilang... aku punya hangin ngan mamat tu... tapi takder ler sampai maki hamun kan... sampai skarang nie aku taknak masuk kedai dier lagi... padan muka dier...  hahaha

 

Pheonix : takder misai dah cam budak skolah lak

Budak 2 Tahun Merokok dirawat



Gempar apabila youtube memaparkan video seorang budak dari Indonesia Ardi Rizal budak yang berumur 2 tahun yang merokok 40 batang dalam masa sehari.. memang hebat.. tapi not in good way... Ketika videonya di tayangkan, ramai yang membantah kerana ibu bapa penggalak kepada kehidupan yang tidak sihat... Namun berita baik... sebab Ardi kini menerima rawatan ketagihanya.. berikut dari keratan kosmo AHAD..

JAKARTA - Seorang budak dua tahun yang menghisap 40 batang rokok sehari, Ardi Rizal (gambar) kini menerima rawatan untuk menghapuskan ketagihan merokok, kata Pengerusi Suruhanjaya Perlindungan Kanak-Kanak Indonesia, Arist Merdeka Sirait semalam.

Ardi merokok semasa dia berumur 18 bulan. Imej dia menghisap rokok telah disiarkan di stesen televisyen antarabangsa selepas media tempatan melaporkan berita mengenainya.



Menurut Arist, budak itu kini berada di bawah jagaan pihak suruhanjaya sejak lewat bulan lalu dan sedang menjalani terapi psikologi.



"Kami berusaha untuk mengurangkan jumlah rokok yang dihisapnya dari 40 kepada 20 batang sehari," katanya.



"Kami membuatkan dia sibuk dengan aktiviti seperti belajar, bermain dan mengikuti trip rekreasi. Namun, adalah sukar untuk mengurangkan ketagihan merokok. Ia mengambil masa," tambahnya. - dpa


Pheonix; Alahai Ardi.. kalo ko isap puting takder lerr orang marah...

Lukis GAMBAR kat badan... cantek kerr


Seketika dulu, aku pernah berborak ngan satu brader yang mempunyai parut yang agak kasar di lengan kirinya. Aku pun tanyer ler;

"Camner dapat parut nie bro"

"DUlu masa muda - muda dulu liar sangat, member bertatu aku pun ikut skali tanpa usul periksa. Bila dah lekat kat badan baru datang penyesalan pastu nak cuba hilangkan... tak boleh... satu hari, atas sebab - sebab tertekan dan penyesalan, aku tuang cuka getah kat situ... jadilah camtu" jelasnyer

Tatu ialah tanda yang dibuat dengan meletakkan pigmen dakwat ke dalam kulit. Tatu boleh dibuat pada kulit manusia atau haiwan. Tatu pada manusia ialah jenis hiasan tubuh, tetapi tatu pada haiwan selalunya untuk pengenalan.

Perbuatan bertatu diamalkan di seluruh dunia. Masyarakat Ainu, orang asli di Jepun memakai tatu muka. orang-orang Polinesia, sesetengah suku di Filipina, Borneo, Afrika, Amerika Utara dan Selatan, Mesoamerika, Eropah, Kemboja dan China turut memakai tatu. Walaupun sering dikaitkan dengan pantang larang, tatu terus diamalkan dalam dunia moden.

Dari Prespektif ISLAM;

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam beliau bersabda: “Allah Subhanahu wa Ta’ala melaknati wanita yang menyambung rambutnya, dan yang meminta untuk disambungkan, wanita yang mentato dan meminta ditatokan.” (Shahih, HR. Al-Bukhari no. 5933 dan dari sahabat Ibnu ‘Umar radhiyallahu ‘anhuma no. 5937)

Pendapat Ibnu Hajar

Ibnu Hajar rahimahullahu mengatakan: “Membuat tato haram berdasarkan adanya laknat dalam hadits pada bab ini, … maka wajib menghilangkannya jika memungkinkan walaupun dengan melukainya. Kecuali jika takut binasa, (tertimpa) sesuatu, atau kehilangan manfaat dari anggota badannya maka boleh membiarkannya dan cukup dengan bertaubat untuk menggugurkan dosa. Dan dalam hal ini sama saja antara laki-laki dan wanita.” (Fathul Bari,10/372)

Ulasan oleh Presiden Kesatuan Wanita Muslim Antarabangsa, Dr Robiah Hamzah

Beliau mengulas berkaitan pemakaian tatu oleh remaja dan wanita Muslim “Bukan budaya hidup Islam. Ia juga tidak dibenarkan oleh Islam,” 

Bagaimanapun, bagi masyarakat Islam, simbol tatu secara tidak langsung membawa kepada syirik, khurafat serta sesat kepada pemakainya.


“Tatu kini hanya lebih kepada perhiasan tetapi ramai juga wanita Muslim terbabit dengannya. Mengapa perlu kita memakainya, sedangkan secara terang-terangan ia tidak dibenarkan dalam Islam.

“Puncanya, mereka tidak punya keyakinan diri, luaran dan dalaman, yang kuat. Kerana itu mereka sanggup memakai tatu dan menjadikannya sebagai perlambangan seperti pendinding dan berahi,” katanya.

Bagaimanapun, menurut Robiah, pintu taubat masih terbuka kepada individu terbabit walaupun tatu dibuat tidak boleh dibuang tetapi pemakainya tidak harus menjadikan ia sebab untuk tidak kembali ke pangkal jalan.
Sekadar GAMBAR Hiasan
Sekadar GAMBAR Hiasan
Sekadar GAMBAR Hiasan

Pheonix; Jika jahil dalam agama sekalipun, bukankah patut kita mendapat atau meminta nasihat dari yang arif agar tiada kegelinciran yang membuatkan kita menyesal.

CHUKANG...

Dahler short FILM... tetapi terlalu controversi sehingga pengarah filem ini di ugut.. mungkin mengganggu 'privasi' sesetengah orang kot.. entah lerr... mungkin bagi kiter takder aper.. tetapi bagi sesetengah orang lain pulak pandangan....

Aku dah tengok gak lerr.. jalan citer ok ajerr... tapi lakonan... errmm... segan nak cakap... korang tengok sendiri pas tu komen dalam ati ajer udah..

SeamenProduction — May 11, 2010 — Short Film ini diterbit oleh Seamen Production Sdn Bhd. Karya, Lakon Layar dan Arahan oleh SHUHAIMI LUA,FDAM. Menampilkan barisan pelakon yang hebat di antaranya ialah IFA RAZIAH, ROSLAN SHAH, ROSNAN RAHMAN, AESAR MUSTAFA, AZAM PITT (MYSTAR LG), AMRAN ISMAIL, E'ZHAM, DIOR SHAARI, IDHAM ISMAIL, FAZRIEN ZIAER, SYUQRAN HASSAN & AMILIZAN.


CHUKANG mengungkap kisah seorang tukang urut lelaki yang bernama Azlan. Azlan dalam dilema antara maruah dan kelangsungan hidup di Kuala Lumpur. Akibatnya Azlan mula menipu semua orang dikelilingnya termasuk kakaknya yg tinggal bersamanya dengan mengatakan bekerja di pejabat. pada suatu hari rahsia terbongkar. siapakah yang membongkar rahsianya? Apakah perasaan kakaknya bila melihat adiknya sedang berasmara dengan kaum sejenisnya?

nak tengok tak cari... tekan ajer kat link nie : http://www.youtube.com/watch?v=Ln7PUq2yLUM

Bomba @ Firefighter



Orang banyak cakap BOMBA nie takder keje... mana taknyer.. kebanyakan masa orang lalu depan balai bomba... dorang dok main bola lerr... main bola tampar lerr.. main takraw lerr.. lepak - lepak lerr... bukan setiap hari ader gumah terbakar... tapi bagi aku... nie kata - kata orang yang tak sekolah sebab tak nak cuba memahami dan belajar kesusahan karier penyelamat seperti BOMBA... kerana percayalah tugas bomba memang mecabar dan semakin meluas

Selain tugas memadamkan api, membantu dalam kes - kes kemalangan, menyelamatkan mangsa banjir, yang terjun lombong lerr kete menjunam kat gaung ler... hinggalah ke kes tangkap ular pun bomba.. pendek kata serba boleh lerr.. selain itu.. rata - rata sekarang nie, bomba pun turun padang dalam memberi pendidikan dan pengajaran yang berteraskan kebakaran, kaedah - kaedah pemadaman, penyelamatan, keselamatan dalam bangunan, lesen boleh duduk dan pelbagai lagi lerr...

Sebagai contoh di tempat aku kerja, Emergency Respond Team (ERT) kali ni di hantar di balai bomba terdekat untuk membuat latihan dari segi teori dan praktikal dari basis iaitu mengenali api sehingga menyelamatkan mangsa.. tough assignment.. sebab ader yang cuba lari masa course, pengsan lah dan yang letih litak tu toksah citer lerr.... dan dari citer - citer dari ahli bomba itu sendiri, bukan calang - calang orang yang boleh pikul amanah dan tanggungjawab yang bakal di galas... sentiasa bersedia 24 jam.. hish..hish... tak larat aku weeii...

Masa last day training, kite worang di bagi pakai suit bomba.. haha.. memang lawak kalau orang awam yang pakai.. ader yang macam alien dan ader yang dah macam badut pun ader.. seriously, termasuk gadget seperti topeng dan tong oksigen dah cukup menyeksakan... belom tambah baju kali api dan kasut but lagi.. bisa panasaran...

Dari training hingga korang bergelar seorang BOMBA bukan merupakan satu bidang yang sangat mudah. Di tambah tanggungjawab dan amanah yang bakal di pikul oleh seorang bomba juga besar... so, ubahlah persepsi korang yang tak tentu hala pasal bomba tu... kenalilah bomba..



Pheonix; good experience sepanjang training.. beshhh

O.K.U

pagi tadi riuh pagi di era, Paknil bawak topik Sebelum dan Selepas. Pastu ader satu pendengar menghantar sms yang lebih kurang lerr bunyi nyer camni...

'Saya seorang OKU, dulu saya selalu di hina dan di cemuh kerana kecacatan. Namun selepas bekerja sebagai penjawat awam dan sekarang saya mampu memiliki kereta, saya tidak di pandang hina lagi'

Sebenarnye aku surprise gak lerr, aku ingat zaman sekarang nie dah takder orang hina menghina atas kecacatan orang lain, TETAPI hampa sebab masih ader gak... KENAPA... kepada yang ingin menghina atau telah menghina tu aku nak tanyer korang... korang ingat orang yang OKU tu sengaja ker nak jadi camtu yang korang suka hina - hina tu... lagi satu, kalau yang OKU itu anak korang atau mak bapak korang ker atau saudara mara korang... korang hina gak kerr...

Kalau 30 tahun dulu acceptable gak lerr... sebab masa tu korang pendidikan kemanusiaan nie.. tapi zaman dah berubah... OKU pun manusia juga, korang kene ingat... cuba selami perasaan dorang dan tanya diri sendiri... patut ker orang - orang yang di kategorikan sebagai orang kurang upaya ini di cemuh dan dihina...entahlerr... mungkin sebab korang rasa diri korang tu perfect sangat sampai korang sampai hati menghina yang kurang berupaya ini...

Ingat dunia ini hanya sementara, ari nie korang boleh berdiri megah dan buat tak pandang pada OKU tetapi... sekali Allah s.wt. bagi korang ujian... baru korang rasa.... emosi sangat nie... bagi aku usahlah di hina atau di cemuh... jika tidak mahu bantu sama sekali pun tapi janganlah pulak di hina....  betul tak? sebab kalo korang tanyer orang OKU nie... dorang kalau boleh pun tak mahu jadi macam tu.... so, simpati lah sikit...



Pheonix; geram ngan orang yang mulut cam longkang nie..

Pemandu Teksi Durjana



Sepatutnye TEKSI boleh di jadikan sumber pendapatan jika betul dan benar jalannyer... tapi di sebabkan hanya segelintir pemandu teksi yang menyalahgunakan teksi tersebut telah mncalar imej tersebut bukan sahaja kepada pelanggan tatapi kepada industri pelancongan MALAYSIA... mana taknya... jika dah banyak kejadian jenayah seperti di bunuh, rogol, samun dan sebagainya kerap dilaporkan di akhbar - akhbar... akhirnye di sebabkan yang segelintir itu menjadikan pelanggan takut untuk menaiki teksi... abih yang benar - benar nak cari makan macam mana...

Seperti di AMPANG semalam... seorang pemandu teksi durjana yang rupa - rupanya telah melakukan jenayah rogol lebih kurang 5 kali... dah lah tu... ugut mangsa pulak dengan merakan aksi rogolnya.. nak buat koleksi kot... pastu.. masa buat jenayah dia selalu gunakan nombor plat pendaftaran teksi yang berbeza... kuang ajar ar tu.. memang dia ader intention atau niat untuk merogol.... korang bayangkanlah tu.. bukan niat nak cari nafkah untuk anak bini... masuk ajer teksi dah pasang niat nak MEROGOL..

Kepada mangsa pulak off course ler malu biler di ugut akan di sebarkan gambar dier dirogol... malu... tapi kalo korang tanyer aku... buatlah laporan.. tampil ke hadapan... buang perasaan malu itu.. sebab orang tak salahkan korang atas apa yang terjadi... jika korang berdiam diri.. makin bermaharajalela lah si penyangak durjana... masyarakat kita sekarang lebih open minded dan tidak menyalahkan atau menghina mangsa yang di rogol... jika ader gak... korang suruh ler dorang dok kat hutan.. sebab hutan untuk orang - orang yang macam tu.. paham kan..

Kepada orang - orang yang ader intention untuk melakukan sesuatu jenayah.. pikir ler bebaik... jangan gunakan otak lembap korang... kalo tak tahu nak pikir tu... pandang ajer muka mak - bapak korang.. bini korang... anak korang.. sedara mara korang kerr... kawan - kawan korang kerr... 'APA KATA MEREKA JIKA KAU DI TANGKAP?'


Pheonix; sume kenderaan awam dan macam tak slamat dah... hish..hish... abih nak naik aper?

Kenali Wanita dan Buahnyerr...


Pheonix; betul kerr...korang suka buah aperr...kehkeh..

NOT me honey....




Seorang banduan baru saja berjaya melarikan diri dari penjara setelah dipenjarakan selama 20 tahun. Dalam perjalanannya, dia terjumpa sebuah rumah dan memecah masuk kedalamnya untuk mencari duit. Tetapi yang ditemukan hanyalah sepasang pengantin baru yang sedang tidur di atas katil mereka.

Banduan itu mengarahkan pengantin lelaki turun dari katil dan mengikatnya dikerusi. Kemudian sambil mengikat pengantin perempuan dikatil, banduan itu mencium lehernya, dan terus bergegas ke bilik mandi.

Sementara banduan berada di bilik mandi, pengantin lelaki berbisik kepada isterinya: “Isteriku, dia adalah banduan yang melarikan diri dari penjara. Lihat saja baju yang dipakainya, dia mungkin sudah lama dipenjara dan tentu sudah lama tidak menyentuh wanita.

Dari cara aku lihat dia mencium lehermu, dia ingin melakukan hubungan seks denganmu, jangan menolak, jangan mengeluh, lakukan sesuai dengan keinginannya,berikan kepuasan. Orang ini merbahaya, jika marah, dia pasti membunuh kita. Jadi bertahanlah sayang.. Abang cintakan ayang..”

Sambil tersenyum, pengantin perempuan membalas, “Dia bukannya mencium leherku. Tapi dia berbisik ke telingaku. Dia cakap, dia ni homo dan katanya abang seksi sekali dan dia bertanya dimana saya simpan bodylotion? Saya jawab di bilik mandi.

Saya rasa dia ingin melakukan hubungan seks dengan abang, jangan menolak, jangan mengeluh, lakukan sesuai dengan keinginannya, berikan kepuasan. Bertahanlah sayang. Ayang cintakan abang juga.
 
Pheonix; kah..kah... malangnyer lelaki itu..

Nasib Lelaki


Bukan kata perempuan ajer yang tak selamat skarang nie.. lelaki pun ader possibility untuk jadi mangsa... lawak pun ader kekadang tu... tapi apakan daya... nafsu 'orang' skarang nie bukan kira.. sume kasi hentam...

Gara - gara nak dapatkan ubat untuk ayahnya.. seorang remaja LELAKI di cabul oleh seorang 'WAK DAJAL'.. isk..isk... wak.. wak... naper jadi sampai camtu... geram sangat lerr tuu... korang tengok tu.. jangan tak caya... lelaki pun jadi mangsa... kalo 10 tahun dulu, lelaki boleh bermegah untuk keluar rumah untuk kemana - mana.... pasti selamat lah.... tetapi kalo perempuan tu agak risau skit lerr... takut di samun ler.. di ragut lerr... di rogol lerr... atau pelbagai lagi jenayah - jenayah yang merisaukan kita....

TETAPI, di tahun kebelakangan ini, LELAKI dan tak boleh nak bermegah sangat.. dah banyak yang telah terjadi dah... kalo yang lelaki keluar sendirian... takut - takut pun bakal di samun, bakal di bunuh, bakal di liwat, bakal di pukul... bakal di jadikan hamba seks ker... susah nak cakap... dah hilang dah dunia monopoli lelaki dah kala ini... kesian aku... 
Lepas ni aku nasihatkan korang yang lelaki lerr.. kalo nak keluar dari rumah bukan sebab kerje ler... keluarlah dengan berteman... sebagai contoh... nak gi shopping... keluarlah dengan rakan sebaya... dengan bapak korang kerr... dengan atuk korang kerr... kalo boleh siap - siap pimpim tangan lagi.... wah..wah... wah... takkanlah sampai camtu sekali kot... kejam - kejam... dunia dah tidak aman... kalau dulu lelaki boleh berkepak kalau keluar bersiar - siar... sekarang tidak lagi... malang tidak berbau... aku bagi korang contoh...

"Dalam bulan March tahun nie gak lerr.. apabila seorang lelaki di culik oleh sekumpulan lelaki dan di aniaya termasuk kemaluannyer di lastik dengan getah, dilibas, di ikat, di bogelkan malah di rompak... sungguh mengaibkan.."

"Seorang lelaki yang di bantu akhirnyer di liwat ketika sedang tidur... melarikan diri dengan kereta sipeliwat dan akhirnyer di tangkap"

Sengal betul punyer penyamun... nak rompak, rompak ajer lerr... yang di bogelkan sekali tu apa pasal.. wah..wah.. memang sengal punyer penyamun...  so kepada lelaki... jangan ingat langit itu selalu cerah.. jangan ingat anda selalu selamat...


 Pheonix; lelaki oh lelaki.... apo nak di kato...

Besarnyerrr..

GIANTS FOUND IN GREECE